Balik kerja tadi ibu singgah gerai untuk beli makanan buat buka puasa. Craving nak makan manis² huhu
Ibu beli pengat Pisang Nangka+sagu ni. Rasanya yang masam manis seimbang dengan manis kuah pengat tu.Hari ni ada orang letak Kuih Lopes. Beli sebungkus sebab ibu tertarik dengan kaler Lopes tu guna pandan.Sedapnya lahaiii... lembut je Lopes ni. Ibu makan 2 keping je, lagi 2 simpan. Kat rumah biasanya ibu dan Kak Widad suka kuih² gini, yang lain pandang je.Petang tadi ayah beli lauk dan sayur dari kedai mamak. Takyah lah ibu masak untuk dinner.Hari ni ibu puasa hari ke-6.
Insyaallah esok sambung lagi.. pelan²lah habiskan. Lepas ni ada beberapa sesi makan² di ofis sempena Syawal.
No comments:
Post a Comment