Pages

Monday, March 30, 2026

8 Syawal - Sambung Beraya

Sabtu, dari rumah Acik Ina balik rumah dulu, solat Zohor dan rehat². Tunggu Cik Ujang, Cik Elis dan Cik Cha sama-sama nak ziarah raya rumah Atuk Usu. Jumpa kat sana je.

Atuk Usu merupakan adik bongsu nenek. 
Nenek ada 7 beradik.
4 keluarga dah ramai camni... adik beradik lain sudah sampai pada hari raya kedua.

Lepastu ziarah raya rumah Atuk Pingi, adik kedua arwah atuk. Atuk Pingi takde kat rumah sebab sabit rumput untuk lembu²nya. Nenek Jariah je yang ada. Masa ambil gambar ni yang lain dah masuk kereta.

Sabtu ulangtahun kelahiran ayah yang ke 53. Semoga ayah terus sihat.

Ada masa lagi jadi kami terus ke rumah Cik Nora. Cik Nora dah siapkan bakso bila tahu kami ada kat rumah Atuk Usu. Ditanya kenapa tadi tak singgah dulu. Better kami datang kemudian sebab boleh lepak lama sikit.

Bakso Cik Nora setakat ni paling sedap.

Nanas Yankee terpaling manis baru petik dari pokok tepi rumah.

Sebelum Maghrib kita sampai rumah dah. Ibu jam 9.30 malam terus cari bantal. Mata dah rabak huhu

Jam 10.30 malam, Cik Baya & Cik Cha bagi salam. Mujur Abang Imi tak tidur lagi. Ingatkan tak singgah. Puas jugalah ibu tidur sejam tu. 


Ibu hidangkan karipap panas dan kek Mamasab selain dari kuih raya. Nak hidang nasi minyak semua dah kenyang. Iman komplen... kenapa karipap makngah dalamnya sejuk... adoiiii... ni lah akibat terus goreng frozen, api pulak tak adjust😄😄

Sorry lah Iman.
Alaa... tak apa.. sedap je.

🤣🤣
 

18 comments:

  1. Raya ke4 hari tu pun kakak cie buat bakso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok juga kalau hidangkan tetamu bakso... tak terlalu berat, jadi yang taknak makan nasi boleh pilih sup².

      Delete
  2. Kurus suami akak...Semoga cepat sihat ye...sedapnya bakso..SA kalau nak makan bakso mintak mee kuning...x pandai makan ngan bihun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kurus... ritu puasa memang tak selera makan. Ni macam dah mula berselera makannya.
      Oo suka mee kuning ya.. akak kalau ada pilihan memang ambil mee megi atau suhun/bihun.

      Delete
  3. Semoga sihat² selalu husband Akk 🤲🏻
    Seronok saudara mara dekat², boleh cover banyak rumah dlm sehari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin YRA 🥰
      Haah.. senang hehe.. Adik beradik mak dan arwah abah akak mostly duduk kampung sama, jalan je lain-lain. Paling jauh pun Kg Melayu Subang dan Sungai Besi.

      Delete
  4. Terasa meriah raya bila dapat pergi banyak rumah.
    Sedapnya bakso tu 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. kebanyakannya dekat²..tu yang boleh pergi banyak rumah.

      Delete
  5. Nah kan ada buah nenas,.terbaik..selamat hari raya maaf zahir batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukar buah pulak.. dapat nanas memang sedap.

      Delete
  6. Nanas tu kaler pucat tp manis ek.. lama pulak x mkn nanas... mkn sejuk² sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa betul, kaler dia pucat gitu tapi manis.

      Delete
  7. Tak sangka nenas itu manis, sebab terlihat pucat warnanya 😍😍. Memang sukaaa lah kalau dapat nenas yg maniiis begitu kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu laa.. masa dihulur tu macam krik-krik, mesti masam. Siap adik bagi serbuk asam. Bila dah makan manis, makan macam tu aje.

      Delete
  8. Ibu dgn ayah kurus laaa. Jaga badan ni!
    Bakso tu haritu ada baca entry kak cie. Idea yg menarik buat jamu tetamu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak turun sket berat masa puasa ritu. Nak maintain ni cam terseksa je huhu
      Menu berkuah-kuah ni memang sesuai untuk jamu tetamu lagi-lagi kalau buat paste siap-siap. Senang kalau dah kurang tinggal topup.

      Delete
  9. Masih meriah dengan suasana raya.
    Raya kan sebulan hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nengok kat sini masih meriah... sana sini orang buat open house.

      Delete