Rasanya puasa tahun ni terasa cepat betul berlalu, Ramadan akan meninggalkan kita.
Mungkin ini sharing terakhir menu Ramadan😌
25 Ramadan
Sahur
Iftar- Nasi Ambeng
- Labu goreng
Ahad berbuka ramai² rumah nenek. Ada lagi lauk jiran bagi selain nasi ambeng. Tak sempat nak ambil gambar.
26 Ramadan
- Bubur Lambuk
- Kentang goreng
- Begedil daging
- Siakap steam
- Terung berlada
- Apam pisang & kaswi
Bagi mengubati kekecewaan ambil telur sotong dan ayam goreng.
Masa masuk kereta lepas bayar bil, ayah tanya.. siapa yang order telur sotong?
Mahal lah tu 😁
Ibu pun tak tanya harga 😂
27 Ramadan
- Cendawan goreng
- Udang tempoyak
- Sate ayam+daging
- Ayam bakar
- Hati & pedal goreng
- Popiah goreng dan Kuih Gandos
Menu ibu beli je sebab Kak Widad ambil Wafi, ETS sampai jam 4 pm.
Balik rumah ibu buat udang tempoyak je sebab teringin.
Abang Imi berbuka kat luar hari ni... sempat dia jenguk atas meja. Katanya masa Imi takdelah banyak betul protein untuk berbuka😅. Maklum lerrr... dia tengah diet, sesuailah makan protein lebih.
Ibu jawab lah... Wafi kan balik 😎
28 Ramadan
- Nasi Arab (Punjungan Atuk Nasir petang Selasa, dah banyak makanan simpan dalam fridge untuk sahur)
Petang tadi balik kerja ibu terus pick-up Widad dan Wafi. Dekat jam 6 baru keluar ofis nak siapkan report sebelum bos cuti.. ehh.. sekarang ni siapa yang nak raya😇
Kiranya patah balik lah ke Klang Sentral.. kalau ikut, ibu je sorang beli barang kat NSK. Dah anak² nak ikut bawaklah sekali. 6.50 pm sampai NSK, masuk Pak Li's, rupanya dah fully book untuk buka puasa. Ajak anak² makan kat manak atau Mohd Chan, semua taknak. Wafi nak makan kat McD je. Hurmm.. masuklah juga.
Order jam 7 pm, food ready jam 7.54 pm
Melangut lah kami customer menunggu. Nampak krew siapkan order yang drive thru. Dah tu, numbering nya tak tau ler cemana. No yang selepas ibu boleh dapat lebih awal. Bila ditanya buat derkkkk je.
صبر
صبر
صبر
Lepas makan, solat dulu kat surau NSK. Lepastu baru lah beli barang dapur untuk keperluan raya.
Meremut orang.












fuhh memang meremut lah
ReplyDelete