Pages

Thursday, March 26, 2026

3 Syawal - Berehat² Di Rumah

Isnin.
Bertiga je di rumah. Abang Imi memang qada tidur lepas solat Subuh. Katanya jangan kejutkan dia.. kalau nak makan nanti bangun sendiri.

Setelah perjalanan panjang, ibu pun dapat deep sleep. Lega bila bangun tidur. 

Jemput² bawang+jagung dan sambal sardin untuk sarapan. 

Tak ada plan nak beraya sebab tak cukup ahli, jadi duduk rumah layan KDrama Undercover Miss Hong. 

Sambil² tunggu Wafi buat homework. Banyak katanya. 

Ehhh.. takde ke budak² nak beraya sekarang ni..... dulu ada je budak² naik basikal bagi salam. Agaknya masing² masih beraya di kampung (tapi kami pun dok kampung jugašŸ˜…)

Adik beradik pulak dah balik rumah masing² dan mula beraya di tempat lain.

Tengahari Wafi request ayam MLCA. Dah siap masak baru perasan tak letak kentang. Ibu gorengkan juga ikan pekasam. Tak ada sayur sebab sayur yang ada pun budak² ni tak makan.

Petang Wafi mengadu demam pulak. Rasanya sebab cuaca yang sangat panas. Lepastu dalam perjalanan balik kampung hujan dan panas pula.

Nak tidur pun tak boleh, panas berbahang. Nak pasang aircond takut karang selesema pula. 

No comments:

Post a Comment