Pages

Monday, April 27, 2026

Cafe Hunting : Coffee Tyme

Lepas Zohor semalam ibu ayah attend jemputan kenduri kahwin rumah Nenek Eton dan Atuk Man. Sepupu ibu, Anang kahwin. Majlis untuk family. Kami pun tidak dipanggil untuk rewang, jadi datang makan je.

Nampak keluban/kerabu dan lauk kampung, auto rasa lapar padahal kat rumah dah sarapan nasi lemak. Nasi lemak 2 hari 1 malam🤣🤣. Nasi dan sambal semalamnya ada lagi jadi ibu tambah accessories je.

Goodie bag dapat bihun, sorang satu. 
Pertama kali ibu dapat bihun... biasa dapat beras, kicap atau sos.

Lepas makan ayah ajak ngopi dulu.. saje nak cari sejuk². Terus ke Eco Grandeur.. takde specific tempat pun nak pergi. Nampak kat sebelah The Coffee Bean & Tea Leaf ada kafe baru, Coffee Tyme. Jadi kita try sini lah.

Cuba cari info sama ada kafe ni franchise dari Indonesia tapi tak dapat banyak maklumat. Ada Halal Cert dari Majelis Ulama Indonesia.

Antara pastries dan desserts yang ada.

Ibu tertarik dengan tart.

Mereka ada bagi tester.. sedap kopi ni tapi ibu tak berani pesan. Semalam dah minum kopi. Sebotol ni RM16.90 dan kalau order nanti mereka bagi cawan dan ais.

Ibu order Amber Peach Tea manakala ayah pilih Coffee Latte.. tak boleh dah minum manis jadi sekarang minum yang pahit² je tak bergula .. uhuks

Lemon Tart

Cafe ni tak besar.. ada pelanggan 3 meja ramai². Bila mereka dah keluar baru rasa tenang🤭

Detim lah kununnya.
 

3 comments:

  1. sy kalau kedai nasi campur yg jual lauk kampung auto terus cedok nasik.. hehehe

    kak, jom jawab tag.. tgk kt blog sy.. hehe

    ReplyDelete
  2. Macam detim masa zaman student erk..hehehe...SA pun berkenan tengok tart tu..

    ReplyDelete
  3. Comel lemon tart tu. Macam2 jenama kedai kopi sekarang ni.

    ReplyDelete