Lepas Maghrib tadi Wafi sampai rumah. Ayah jemput di stesen KTM. Cuti sampai Ahad sempena Hari Pekerja.
Sebenarnya nak order ikan 3 rasa dan tomyam campur. Bila tanya harga, ikan je RM40. Baik ibu beli set ada nasi putih, tomyam campur, ikan 3 rasa, kailan ikan masin, telur dadar, sambal belacan dan teh-o ais. Set 2 orang makan ni baru RM55
Walaupun untuk 2 orang makan tapi cukup kami makan berempat. Nasi tak habis.
Mangga Cik Ana bagi.. sama gak dengan pokok tepi rumah ibu, berbuah pertama kali.





Eh fuggler ni teringat cuya! Comel pulak dia pakai spek.
ReplyDeleteCuti 3 hari kena pantau wafi study nampaknya, tk dpt menyongkit jauh hehe