Cerita Ahad.
Pagi panaskan naan cheese yang tak habis, juga pulut panggang Abang Imi bawa dari jamuan tempat kerja. Sekarang ni fasa apa yang tak habis masuk dalam fridge. Lepastu reheat dan makan semula. Kadang bila simpan terlalu lama, akhirnya ke tong sampah juga.
Ibu memang tak plan nak masak tengahari sebab ada open house rumah officemate. Bila Cik Ana bagi makanan, ibu ayah makan dulu.
Jam 3 pm baru gerak ke rumah kawan. Area rumah je... cuma jalan lain.
2 minggu ni Bami pesan tak perlu sediakan makanan sebab sepanjang persidangan DUN, petugas dapat makanan.
Yeayyyy....
Ibu macam suka je tak payah masak untuk Imi.
Aishhh.. mestilah suka... tapi bukan maksud ibu taknak masak untuk Bami... Bami makan sedap kan.
Ibu masak dengan penuh kasih sayang tau 😘



No comments:
Post a Comment