Pages

Friday, April 3, 2026

Beraya Rumah Paman² Ibu

Lepas sarapan Ahad pagi Raya-9, ibu ayah beraya ke rumah paman/bapa saudara ibu aka atuk² saudara Rawiwa.  Nampak cuaca pun redup jadi lebih baiklah keluar ziarah mereka. Disebabkan adik beradik lain sudah ziarah raya, maka kami pergi berdua sahaja. Abang Imi tak dapat join sebab uruskan motor, nak tukar bateri. 

Rumah adik beradik atuk semua berdekatan, dalam satu tanah lot je.

Kita ziarah rumah Atuk Man dulu. Adik atuk no. 5
Alhamdulillah Atuk Man semakin sihat... 
Beberapa bulan lepas keadaannya perlu dibantu. Sekarang dah boleh jalan sendiri.

Atuk Man dan Nenek Eton ni masa zaman sihat, sangatlah ligat. Kalau kenduri kahwin rumah kami, memang mereka berdualah antara yang datang awal tolong.

Dulu kalau datang beraya di sini, memang penuh meja dengan hidangan kuih raya. Kuih pula kebanyakannya buat sendiri. Yang selalu kami cari adalah jeruk yang pelbagai jenis. 

Dari rumah Atuk Man, kami ke rumah Nenek Ina. 
Lupa pula nak ambil gambar. Gamaknya selalu jumpa dan travel sama, itu yang terlupa bila di rumah.

Atuk Jep, adik bongsu arwah atuk.
Adik beradik arwah atuk berjumlah 9 orang.
3 orang telah meninggal.

Isteri atuk Jep, Nenek Nor ni mudah setahun dari ibu.

Atuk Nasir, anak no. 6

Melihatkan adik beradik atuk yang semakin menua, terasa lah ibu pun semakin tua. Semoga mereka dikurniakan kesihatan yang baik.

2 rumah tak dapat pergi, bila bagi salam tak berjawab.
Kalau jumpa ibu bagitau lah.. dah bagi salam tapi takde orang jawab😁.
Cuma tak best lah raya tak datang jumpa mereka.

Seorang lagi family kat Kg Melayu Subang, adik beradik atuk paling jauh. 
Itu nanti tunggu adik beradik lain, beraya sama-sama.

No comments:

Post a Comment