Pages

Wednesday, April 22, 2026

Rezeki Selepas Syawal | Ada Lagi Open House

Cerita Ahad.

Pagi panaskan naan cheese yang tak habis, juga pulut panggang Abang Imi bawa dari jamuan tempat kerja. Sekarang ni fasa apa yang tak habis masuk dalam fridge. Lepastu reheat dan makan semula. Kadang bila simpan terlalu lama, akhirnya ke tong sampah juga.

Tengahari Cik Ana ketuk pintu rumah, hulur 3 bekas makanan. Ada lempeng+sambal hijau, Yong Tau Foo dan Spaghetti Bolognaise. Katanya ada baraan dengan kawan². 

Ibu memang tak plan nak masak tengahari sebab ada open house rumah officemate. Bila Cik Ana bagi makanan, ibu ayah makan dulu.

Jam 3 pm baru gerak ke rumah kawan. Area rumah je... cuma jalan lain.

Bersama officemate ibu, tuan rumah berbaju hijau. Suami isteri sebaya dengan Bami. Suaminya kawan Bami sejak sekolah rendah.

Abang Imi balik dari rehearsal di tempat kerja dengan 2 pack nasi arab. Satu dia makan, satu lagi ibu dan ayah makan untuk dinner.

2 minggu ni Bami pesan tak perlu sediakan makanan sebab sepanjang persidangan DUN, petugas dapat makanan.

Yeayyyy.... 

Ibu macam suka je tak payah masak untuk Imi.

Aishhh.. mestilah suka... tapi bukan maksud ibu taknak masak untuk Bami... Bami makan sedap kan.
Ibu masak dengan penuh kasih sayang tau 😘


30 comments:

  1. Alhamdulillah..rezeki tak perlu masak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia EB... sangat bahagia kalau tak perlu masak hehe

      Delete
  2. sampai raya haji ni ada makan2 Syawal. hihhihi. sedap pulak nampak nasi arab tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Cie.... Syawal ada 8 hari cuti hujung minggu... tak cukup orang nak buat open house.. jadi bersambung je lah sesi makan-makan.

      Delete
  3. Alhamdulillah mewah rezeki makanan. Sy pun ada jemputan lagi Kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kelapangan bolehlah kita raikan kawan² yang menjemput.

      Delete
  4. Assalamualaikum. Salam kenal. Hadir sini dari Blog Suria Amanda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan.. nanti saya berkunjung ke rumah tuan.

      Delete
  5. Alhamdulillah rezeki dapat makan sedap sedap even dh habis syawal :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah syukur mewah dengan rezeki makanan

    ReplyDelete
  7. suami kwn bami dh jd officemate ibu? hihihi... bami dan ibu pn mesti boleh jd officemate kalau sama bidang.. hehehe

    begitulah kak, kekadang left over ni transit je dlm fridge, lepas tu ke tong sampah jugak akhirnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takmo takmo.. walau kerja sama company😅

      Itu yang kalau boleh habiskan terus takpun sehari kemudian je makan.

      Delete
  8. Kat sini ada lagi Jamuan terlajak raya. Alhamdulillah rezeki tu

    ReplyDelete
  9. Sedapnya nasi Arab. Besar portion dia.

    ReplyDelete
  10. rezeki nasi arab terus dia bagi. sedap tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mewah kerja kat unit dia tu sempena persidangan.

      Delete
  11. Rezeki tu. Lepas Syawal masih ada open house raya.

    ReplyDelete
  12. Eh..SA x share lagi majlis terlajak raya SA kan...hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adehhh.. banyak beno entry nya tu... akak sampai tak tau nak tulis apa dah hehe

      Delete
  13. officemate ibu kawan bami ke?? wahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sorang tu classmate dia hahahah.. adehhhhh.. tua nya ibu

      Delete
  14. Wah mudanya officemate kakak yaa, sebaya bami pula ... ☺️.

    Uiiiih sukaaa saya nasi arab begini kak. Apalagi jika pedas 🤭..lahap langsung makan. Di mana nasj arab sedap kalau di KL? Saya nak cari June nanti. Kalau lokasinya dekat dengan Fairfield hotel, lebih bagus lagi 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai staff muda kat office sekarang. Dah macam anak-anak.
      Aduhhh... restoren nasi arab kat KL tidak familiar pulak Fanny. Maafin... tapi kat sana mesti lagi banyak pilihan.

      Delete
  15. Alhamdulillah rezeki tu..
    Sesekali berehat dari memasak kan..

    ReplyDelete