Pagi ni tinggal bertiga je sebab ayah breakfast dengan gang UUM. Ibu buat jompot + bawang cicah sambal sardin. Kopiko 3 in 1. Semua tu hadiah masa FD tempohari dan kebetulan barang dapur tak topup lagi. Tepung dari Cikbaya, sardin dari CikBiela dan kopi dari CikFatin.
Lepas siap buat kerja² rumah ibu layan lah sekejap Netflix nak habiskan lagi 2 episod. Semalam marathon sampai Ep 8. Drama ni baru on air 5hb di Netflix.
Best sangat cerita ni.
10 episod dan setiap episod ada jalan cerita sendiri.
Ada bab yang sangat menggeramkan, sedih dan lucu.
Tengahari ibu buatkan bubur ayam untuk Abang Imi... sekali lah yang lain makan bubur. Bami baru pakai braces hari Jumaat jadi 2 minggu ni nak makan yang lembut² je katanya. Ayah balik bawa sup kambing mamak ada sekali roti.
Ibu masakkan ayam untuk bekal Kak Widad balik Jerteh. Tak tau lah masak apa namanya, ibu campak² cili padi+bawang kisar+halia dan serai. Ayam bahagian peha tu ibu perap sekejap dengan serbuk kunyit, sos BBQ dan kicap karamel. Masukkan carrot dan kentang juga daun kunyit. Masaklah berkuah. Esok sampai rumah sewa boleh terus masuk freezer. Bolehlah jadi stok seminggu dua kalau tak jemu😅
Sementara tunggu bas Kak Widad sampai kat Terminal Bas Sani, ibu beli kombo kopi latte + jagung rebus berharga RM10. Ayah kata mahal sebab cup tu semua saiz kecil.
Mujur sekejap je delay nya. Lepas ni bas ke Terminal Bas Shah Alam kemudian ke TBS sebelum direct ke Terengganu.
Semoga terus bersemangat menghabiskan semester yang berbaki sebulan sebelum intern next sem dalam bulan September.
Insyaallah Abang Imi akan habis intern dalam bulan Julai dan konvo bulan November tahun ini.







Selamat maju jaya utk Bami n Kawi 👍💪🥰
ReplyDeleteTerima kasih acik Anon🥰
DeleteBerguna juga barang FD boleh terus masak je.
ReplyDeleteSebulan dua punya stok😅
DeleteNampak cucur tu memang sedap la kan. Elok kejadian bentuknya tu bulat2.
ReplyDeleteBulat² sebab dijemput masuk dalam kuali😁
DeleteTak start lagi tengok drama ni
ReplyDeleteCepat²... sementara masih panas lagi😁
DeleteWaaaah dah bentar lagi keduanya selesai kuliah ya kak. Macam tak terasa 😉😄.
ReplyDeleteDrakor di atas saya dah save di list, tp blm sempat menonton. Nanti, nak selesaikan Drakor yg lain dulu. Bagus2 Drakor yg sekarang ini.
Jasuke (jagung susu keju) itupun saya sukaaa sangat. Biasa kalau ketemu, pasti beli
Alhamdulillah... lepas ni ke fasa seterusnya. Rasa macam tak percaya anak² nak habis belajar.
DeleteKat Malaysia tengah hangat diperkatakan tentang drama ni dikaitkan dengan situasi semasa.
Jasuke yang sedap kat RnR je kalau kat sini🤭
Sikit lagi nak habis...good luck Kawi dan Bami...
ReplyDeleteAyouhhhhh
DeleteSelamat maju jaya buat kedua- duanya....
ReplyDeleteAamiin YRA🥰
DeleteSemalam layan sampai habis. Yang last tu baru tahu kenapa dia bunuh cikgu dia. Geram je tenguk muka jahanam tak serik2. Dasyat sungguh kan budak buli cikgu. Sampaikan orang dewasa takut dengan budak....memang huru hara le dunia
ReplyDelete