Pages

Saturday, November 7, 2026

Bila Ayah Masak

Tunjuk makanan yang ayah masak last 2 weeks.
Ni hari Selasa. Telur masak kicap.
Esoknya Kawi bawa ke tempat kerja, sedap katanya ayah masak.

Hari yang sama, ibu balik kerja tambahkan lauk.. buat sup ekor.

Ni menu hari Khamis.
Buncis tumis tambah ikan bilis crunchy.

Lauknya telur masak lemak cili api.
Ayah masak tak bubuh garam sebab tak jumpa garam. Yang ayah bubuh secukup rasa. Jadi lauk ni sedikit tawar tapi tak ngape.. ada bilis goreng.
Kat rumah guna garam bukit kaler pink mungkin ayah tak perasan itu garam.

Tapi gitu lah serving nya.. comot tepi mangkuk sebab ayah tuang terus dari periuk, bukan pakai senduk.
Satu lagi bila ayah masak bawang cepat habis 😅
Dah... jangan banyak komplen 🤪
 

No comments:

Post a Comment