Pages

Sunday, February 24, 2013

Aku Cinta Engkau..... tab ACE android buat Bami

Asalnya tengahari tadi nak ke Centre Point, Klang nak mencari cd game NFL. Mencari lah dari kedai ke kedai. takdakkk..

Sesaja lah ronda2 kat groundfloor tu ternampaklah tab 1 Malaysia dengan harga RM199 promotion katanya. Sebelah tu ada tab ACE android keluaran Korea harga RM259, up sket lah dari tab 1 mesia tu sebab ada HD, gambar sharp tapi ibu tengok sama jer ngan yg 1 mesia cuma sound dia kuat sket lah.

Bami kan tengah mengumpul duit nak beli tab macam Aqil punya nova tech tu.. cik cha cakap hari tu beli RM300 dengan warranty sekali.

Since Bami nak basic tab yang boleh surf internet, main games, ambik gambar, dengar music, rasanya tab ACE android ni pun ok gaklah. Tambah RM30 untuk memory card 4GB, total up RM289.... now tab ACE tu dah jadi milik Bami.

Dapat keyboard sekali tapi yang tu tak masuk dalam warranty setahun macam tab dia.

Tab ni ada access internet dengan wifi. Kalau nak guna broadband kena guna brand Huawei 3+. Kat rumah plak bukan broadband jenis tu jadi selamatlah ibu dari gangguan Bami hehe..

Dalam kereta dah tak sabar2 Wafi nak guna.

Wafi cakap komputer cantekkk. Tak bagi abang pegang.

Bami dah risau sebab macam dah nak jadi milik mutlak Wafi jer!

Tadi lepas maghrib, pegi rumah atuk sebab Bami nak try wifi kat rumah sana. Malam ni plak streamyx kejap ada kejap takde.. tapi boleh lahhh kata Bami. Tunggulah nanti internet kat rumah atuk ok, boleh lah Bami melaram dengan tab baru tu... kasi bakar sama cik patin lalalala..... hoho..

No comments:

Post a Comment

Post a Comment