Pages

Friday, February 15, 2013

Penjagaan anak-anak di taska

Sekarang ni topik yang hangat diperkatakan adalah tentang kos penjagaan anak-anak di taska yang mencecah sehingga RM1300 sebulan.
Tentunya kos penjagaan ni berbeza mengikut kawasan/tempat. Juga prasarana dan perkhidmatan yang diberikan.
Tak lupa juga ‘nama’ pada sesebuah taska juga perlu diambilkira.

Wafi masa mula-mula ibu masukkan ke taska di kawasan berdekatan rumah sewaktu usianya mencapai 55 hari. Yelahhh nak kena biasakan dulu sebelum ibu masuk kerja. Sepatutnya 2 bulan baru boleh masuk tapi Ummi Zai kesian kat ibu dok mencari orang mengasuh.

Registration kalau tak silap RM30. Monthly fee RM250 sahaja. Mungkin itu standard di kawasan Meru.
Waktu penjagaan 6.30 am hingga 6.30 pm.
Selalunya ibu hantar menghampiri jam 8 am dan ambik sebelum jam 6 pm.
Extra charge RM3/hr (ker RM3/ ½ hr?)

Sabtu minggu ke-2 dan ke-4 free sehingga jam 2 pm. Extra charge RM10 kalau ambik petang.
Sabtu minggu ke-1 dan ke-3, RM10 sehingga jam 2 pm juga extra charge RM10 kalau sampai petang.

RM250 sehingga Wafi mencecah 2 tahun.
Umur 2 tahun sebulan, bayaran dikurangkan kepada RM220 sahaja.

Mulai tahun ini, ada tambahan RM50 untuk stationeries Wafi di taska sebab 3 – 4 tahun ada module pembelajaran. RM50 ni pun sekali jer bayar. Monthly fee masih sama RM220.

Syukur, walaupun bayaran yang dikenakan di situ mungkin agak murah bagi sesetengah ibu bapa, tapi penjagaan anak2 sentiasa baik. Makan minum cukup.. tengoklah perut Wafi hehe… nenek kata gendut!

Dari segi pendekatan rohani, amat memuaskan. Doa makan umur setahun dah hafal siap dengan erti sekali. Juga doa masuk tidur.
Umur 2 tahun bacaan Al-Fatihah dengan ertinya juga Wafi dah lancar. (jelas mengikut sebutan dia yer)
Bila nak tidur, ibu bacakan surah 3 Qul dah boleh ikut.
Alhamdulillah.

Kalau bab menyanyi lagi lah Waf suka… tu yang kadang2 ibu masukkan lagu yang Wafi nyanyi dalam blog walaupun kadang2 curiga gak betul ke apa yang ibu tulis. Yelahhh sebutan dia kan kadang2 tak berapa nak difahami hehe..

Ibu rasa kalau hantar ke taska yang lebih sistematik dari segi penjagaan dan pembelajaran adalah lebih baik. Tapi taska2 tu semua kena travel jauh ke Setia Alam plak. Macam tak berapa efficient plak bagi ibu nak further up travel pastu patah balik ke Meru.

Kadang2 ibu terpaksa balik lewat sampai jam 8 pm, ummi akan tunggu Wafi. Walaupun ibu tak kisah membayar OT, tapi yang penting keikhlasan ummi  Zai aka principal untuk menunggu Wafi kan!

Takpelah… kat taska sekarang pun ibu dah rasa selesa.

1 comment:

  1. salam... boleh tau x taska ni kat mana? sy tgh mencari taska utk hantar anak sy dlm buln 9 ni.. umur die sthn.. boleh tlg emailkan address x? iedanaja@yahoo.com... tq -hidayah, tmn seri meru

    ReplyDelete