Tengahari tadi kakak widad call ibu sekembalinya dari sekolah.
Ibu, cikgu dah tukarkan tempat duduk adik balik. Adik duduk dengan Munifah.
Akhirnya, cikgu tukarkan tempat duduk ke tempat asal setelah seminggu menunggu. Ni gara2 ibu tulis surat kepada guru kelas kakak widadlah sebab cikgu kakak widad buat seating rearrangement sewaktu kakak widad cuti sakit beberapa minggu lepas.
1st day kakak widad mc tu, kawan kakak ada bagitau tentang kedudukan terkini. Punyalah kakak widad menangis.. dahlah masa tu tengah demam, tension lah dia. Bertambah2 demam. Hari2 mengadu yang kakak tak suka duduk belakang. Menung panjang mikir sesuatu jer tiap kali ibu pandang.
Sekembalinya dari sekolah selepas seminggu demam tu... tetiap hari muka kakak widad sugul sampaikan minta ibu bagitau cikgu. Tu yang ibu tulis surat.
Alhamdulillah, tanpa sebarang kerenah, cikgu tukarkan kedudukan kakak widad tengah kelas barisan ke-3 instead of belakang sekali tepi tingkap... hadoiiiiii jauh ke belakang tu!
Jadi, kakak kenalah ambik kesempatan yang ada untuk menuntut ilmu dengan lebih baik.
No comments:
Post a Comment