Makan kat sini masa balik Kulim sempena CNY hari tu.
Kat atas bukit sket restoren nih. Tapi agak horror sket kawasan dia. Bangunan sebelah tu macam tinggal jer. Mungkin sebab kami pegi lepas maghrib takde kedai pun bukak selain this Mon Rods.
Kawi dengan cappucino nyer.
Nasi ayam yang pedas. Ibu lebih gemar nasi ayam style biasa. Sos ayam tu pedas, ditambah ngan sambal belacan.. mak aihhhh pedas tu. Kak Widad tak tahan.
2 ke 3 layer tea. Ini ibu punya.
Nasi ayam Wafi punya. Yang set ni ayam dia tak pedas lah.
Lamb chop ayah. Sedap.. lembut daging dia takde tulang.
okkk... kenyang dah..
Harga ibu tak ingat. Boleh check kat website dia mungkin.
Rating 3.5/5
No comments:
Post a Comment