Pages

Saturday, May 4, 2013

Esok adalah harinya (PRU13)


Lagi beberapa jam jer kita sebagai rakyat Malaysia yang layak mengundi akan menunaikan tanggungjawab masing2. Lagi beberapa minit juga (11.59 pm) kempen mengundi akan dihentikan.

Sejak semalam di jalanan pelbagai flashmob dikalangan penyokong2 parti diadakan. Sangat meriah dan penuh harmoni. Bunyi honk juga laungan memberi semangat buat pengundi2.

Ini kali terasa meriahnya bagi ibu mungkin sebelum2 ni ibu tak begitu ambil perhatian. Just pergi undi calon mana yang ibu nak menang. Sekarang dengan adanya FB, blog, banyak yang boleh dilihat, didengar, dikomen, dianalis. Kalau harapkan akhbar juga TV kelihatan lebih cenderung pada sebuah parti sahaja dan ia tidak adil bagi parti2 yang lain.

Tak sabar nak keluar mengundi esok sebab satu undi akan menentukan pentadbiran akan datang.

Mari lah mari.. kita mengundi
jalankan kewajipan untuk negara!

No comments:

Post a Comment