Pages

Saturday, May 11, 2013

Terpaksa

Kalau ke pasaraya atau ke kedai yang ada toys pasti gundah gulanan dibuatnya.
Mana taknya Wafi ni dok aim jer toy yang berkenan dihati.
Makanya akan dibawa ke hulur ke hilir. Padahal toy yang dipilihnya tu pun memang dah ada.
Kalau ibu larang dan letak balik toy tu kat tempat dia makan meraunglah jawabnya. Merajuk dan duduk kat situ juga dengan mulut muncung.
Kalau nak ajak balik memang takde dia nak layan.
Pujuklah macam mana pun memang tak jalan.
Hurmmmm.... compared to abang dan kakak masa besar2 ni takde sampai meraung. Kalau ibu kata tak boleh mereka takde buat bising.
Nasib baik ada kedai Mr DIY. Toys murah2 ler juga
Jadinya, kalau hal begini terjadi biasa ibu akan cakap ibu bayar dulu. Pastu mintak ayah bawa Wafi keluar atau masuk dalam kereta.
Bila dah clear ibu letak balik toy tu dan buatlah bayaran lain.

Peranan ayah atau Bami dan Kawi pula akan melekakan Wafi.
Jadi Wafi takkan tanya on the spot toy tu. Bila Wafi bertanya, ibu akan ambik plastik yang berisi barang lain dan cuba2 lah cari toy tu.
Kemudian cakap lebih kurang 'laaa... toy tadi tertinggal. Ni abang mi/kakak widad lah tak letak kat tempat bayar. ishhhh.... geramlah dengan Bami dan Kawi ni'.
Sambil ibu buat muka garang kat kakak dan abang.
Adam (the cousin) yang obses dengan kenderaan
Kurang2 Wafi akan cakap 'taknak bagi gula2 dengan pisang' dekat abang... dekat kakak.
Ok.. selesai masalah.
Sian Bami n Kawi jadi mangsa keadaan yang terpaksa. Tapi dah bagi isyarat kat mereka. Mereka pun tau kalau toy yang dah ada tak boleh beli lagi sebab mainnya sekejap jer pun pastu dah lupa. Lagipun Bami & Kawi dah tak larat nak kemas kalau si adik nangis2 takmau kemas selepas main.

2 comments: