Pages

Tuesday, July 20, 2021

Aidil Adha 2021

10 Zulhijjah 1442
Tahun kedua menyambut Aidil Adha dengan norma baru.
Masjid dan surau belum dibuka sepenuhnya. Maka kami solat sunat Aidil Adha berjemaah di rumah. Bila diimbas kembali, tahun lepas kami meraikan Aidil Adha di Kulim. Itulah kali terakhir kami pulang ke kampung. Tahun lepas masih diberi kebenaran untuk merentas negeri. Apabila kes covid19 mula meningkat naik maka rentas daerah dan negeri mula diadakan secara berperingkat-peringkat.


Hari yang mulia ini dimulakan dengan solat sunat Aidil Adha diikuti dengan khutbah dan takbir raya.


Jam 8.00 pagi, ibu dah hidang juadah raya atas meja. Malam tadi dah letak saprah siap-siap. Adalah kelainan.. raya kan hehe..

Pagi ni ibu masak nasi minyak dan buat acar mentah. Malam tadi dah siap ayam masak merah. Manakala ketupat palas dan nasi impit dah siap rebus petang. Begitu juga kuah kacang. Serunding daging baki dari raya Aidilfitri. Manakala lemang Cik Baya bagi.

Disunatkan makan selepas solat sunat raya bagi Aidil Adha manakala terbalik pula bagi Aidilfitri. Disunatkan makan dahulu.

Dilengkapi dengan teh tarik.

Lepas makan aktiviti menonton tv lah pulak. Layan socmed juga. Senyap je yang lain.. rupa-rupanya masing-masing tidur semula. Ya Allah.... sabar je lah.

Ada juga dapat punjongan dari adik-beradik.

Ini dari Cik Nora. Lontong, ketupat palas, kuah kacang, rebung tumis, sayur campur masak lodeh, ayam masak merah dan agar-agar milo.

Sate kambing + kuah kicap dari Cik Ujang.
Nasi daging utara + air asam dan dalca dari Cik Cha. Fuhhhh.... tak caya betul Cik Cha masak pelbagai camni.

Sejak mereka habis kuarantin 10 hari, skil memasak makin menjadi-jadi hehe..

Comfort food gitu. Sedap makan sejuk-sejuk agar-agar milo ni.


Sambil duduk-duduk di serambi rumah, Kakak Widad kupas kulit rambutan. Satu karung Cik Nora bagi semalam. Kalau dah kopek barulah ada yang makan. Hanya Kakak Widad dan Wafi layan rambutan. Abang Imi pandang sebelah mata je.

Makan sikit-sikit. Sedap lemang ni. Cukup lemak dan masinnya.
Cik Baya bagi lemang tapi rendang tak bagi haha.. adoiii.. Cik Baya ingat ibu begitu rajin nak merendang bagai haha.. maka makanlah dengan kuah kacang. Serunding ada tapi teringin pulak makan camni. Tiru kawi.

Lepas layan filem Tamil di Netflix, ibu pun tidur-tidur lah gitu.. masa tu dah jam 4 pm. 5.30 terjaga... mandi dan solat. lepastu pergi rumah nenek munjong pula. Ingat nak bagi ketupat palas je tapi bawakkan je lah nasi minyak dan lauk ayam. Risau bagi banyak-banyak tak termakan sebab mereka berlima je di rumah. Adik beradik dan anak2 masih dalam kuarantin kendiri. Mereka hanya hantar makanan sahaja. Nantilah bila keadaan dan sedia kala baru kumpul adik-beradik. Ibu pun tidak berlama-lama di rumah nenek. 

Cik Awie pun masih belum baik lagi. Risau jika masih ada virus yang bersisa. Jadi lebih baik masing-masing berjaga-jaga. Teruskan kuarantin kendiri.

Ibu tapau lontong, kuah kacang dan ungkep ayam kampung. Wafi dah pesan bawak balik. Anak-anak mesti nak makan lontong dan kuah kacang nenek. Mereka dah tau rasa kuah kacang dan psti akan compare.. hurrmmmm.. ibu pasrah.


Inilah yang didambakan oleh adik-beradik yang tak dapat balik raya. 
Sabarlah semua.... insyaallah nanti boleh makan banyak-banyak. Tahun ini berkorban lagi.

Sambil menaip ni perut rasa sebu je.. mungkin terlebih makan pulut. Sambil2 sapu EO Digize. Lega sket.

Habis satu hari cuti. Esok sambung lagi kerja di rumah.


 

3 comments:

  1. Semuanya nampak sedap!
    Terasa ingin menyelit di situ... nak jamu selera sama-sama!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. kalau kita berjiran nak panggil Amie sekeluarga masuk ikut pintu belakang.. boleh kita makan-makan.

      Delete
  2. Selamat Hari Raya Aidiladha. Meriah juadahnya. Syukur dapat meraikan bersama keluarga.

    ReplyDelete