Pages

Friday, July 23, 2021

Babah kembali kepada penciptaNya

Di maklum kn bahawa hj Misri b Parlan di alamat jln bukit Cherakah bukit Kapar telah meninggal sebentar tadi.harap maklum.

Seawal jam 5.24 am terima whatsapp mesej ni dalam grup family. Dikhabarkan babah meninggal dunia kerana sesak nafas.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Abang Imi dan Kakak Widad panggil Babah
Sama seperti anak-anak pengasuh yang lain. Mama lah yang menjaga Abang Imi dan Kakak Widad semasa mereka kecil sehingga umur 4 tahun. Apabila masing-masing masuk tadika seusia 5 tahun, nenek Ina pula jaga bila mana ibu pergi bekerja.

Ibu panggil Cik Wang. Ini pangkat bapa saudara ibu sebab Cik Wang ni adalah sepupu atuk disebelah arwah buyut. Bapa Cik Wang dan bapa atuk adalah adik beradik.
 
Bersama Kakak Yati.
Ini pula Kakak Zara.

Gambar sekitar 5 tahun lepas semasa majlis perkahwinan Kakak Yati.

Semoga Babah ditempatkan bersama golongan orang yang beriman dan syurga tanpa hisab buatnya.

No comments:

Post a Comment