Pages

Thursday, July 8, 2021

PKPD Day 6/14

Hari ini rasa letih pula habiskan kerja-kerja ofis. Sharp jam 5pm terus ke dapur. Waktu break tengahari tadi sempat sediakan kuih kaswi untuk hidangan minum petang dan buka. Pagi tadi Cik Rasul open jualan durian dari Kuala Kurau (RM10/kg) dan Perlis (RM12/kg). Kali ini ambil satu biji setiap satu untuk rasa-rasa sahaja. 2 biji tu berharga RM22. Cik Ana kata buah Jelebu lagi best. Ok lah.. nanti lepas buka kita rasa camne pula. 

Sotong goreng, keli goreng, tomyam sayur dan sambal tempoyak. Sebelum jam 6pm dah siap semua.. itupun sebab Kakak Widad tolong gorengkan sotong. Tq Kawi.

Kuih kaswi gedik. Ini kali kedua buat. Kali ini buat separuh sahaja adunan. Resepi ada di sini.
Hari ini sengaja letakkan kuih ni dalam pinggan lama.. nampak lah klasiknya dengan kuih lama ni. Pinggan ni ambil di rumah nenek. Nenek kan dah up semua pinggan kepada Corelle.. jadi pinggan-pinggan lama ni tersimpan sahaja. Sayang kan..

Masa kami bersihkan stor basuh bersih-bersih semua pinggan mangkuk dan mana anak-anak yang mahu pinggan boleh ambil. Sekarang dah tak releven sangat simpan pinggan mangkuk sebab bila ada keramaian pinggan mangkuk pakai buang lebih memudahkan kerja. Nantilah sikit-sikit ibu upkan pinggan-pinggan lama ni. Boleh dilihat di gambar pun tidak mengapa agar mengembalikan nostagia. 

Arwah atuk pun ada pinggan kegemarannya. Pinggan besar bunga hijau dikeliling.. pinggan dengan dasar yang dalam sesuai kalau nak hirup kuah. ahh.. tak ambil gambar pula.. rasa dah hapuskan sebab banyak retak dalaman di dasar pinggan.

2 comments:

  1. Sedap-sedap lauk, ada keli goreng dan sotong goreng tu! Ditambah lagi dengan tomyam! Menambah-nambah nasi dalam pinggan ni.

    ReplyDelete
  2. Sotong tu kakak goreng bubuh tepung Bestari je tak campur dengan tepung gandum.. jadi si adik tak makan banyak sebab pedas. Abang nya lah yang peghabihh.

    ReplyDelete