Pages

Sunday, July 11, 2021

Sambal Bacang

Ini kali pertama beli buah bacang. Ingatkan buah kuini. masa kecik-kecik dulu biasa makan buih -buah camni sebab arwah atuk ibu ada tanam tapi sekarang kalau nak makan kena beli. Beli di gerai tepi-tepi jalan je. Ini pun kisah 2-3 minggu lepas.

Inilah rupa luaran buah bacang. Dalamnya berserat.

Bila sesekali cari lauk di luar kawasan kejiranan, semua nak beli. Kerang ada, retak seribu pun ada. Kerang harga mahal lah sekarang RM15/kg. Belilah juga sebab bukan selalu pun beli kerang ni. Rebus kering je means just letak kerang, serai, halia dan garam. Tenggekkan atas api. Bila 1-2 kerang dah terbuka tutupkan api. Hasilnya kerang tu masak gebu je.

Retak seribu tu kakak Widad suka yang pedas jadi tumiskan dahulu. Sedap hirup kuah yang sedikit manis dari air retak seribu ni.

Inilah sambal bacang yang pertama kali dibuat. Buat sambal macam biasa hanya tambahkan hirisan cuah bacang. Nak hiris buah bacang ni pun mencabar juga sebab serat yang banyak. Jadi hirisan isi dapat sikit sahaja. seperti biasa, bila makanan rare macam ni, ibu seorang sahaja yang makan.
 

No comments:

Post a Comment