Pages

Wednesday, July 28, 2021

Mi Goreng Basah

Hari ni habis web meeting jam 5.05 pm. Berdesup terus ke dapur sebab teringatkan buah pulasan yang dibeli tadi. Beli online sahaja. Delivery RM4. Sekilo RM8, beli 3 kilo RM20. Tengah nak makan ayah kata nak masak mi tapi perencah mi goreng tak ada. So ayah tak jadi masak sebab tak pandai guna cili kisar.

Hurmmm.. terpaksalah ibu take over. Baru nak relax-relax. Tengok bahan-bahan apa yang ada di rumah je. Fishball dan fishcake tak ada. Teringat ada resepi tambah cuka makan. Jadi nak try juga.

Mi goreng basah yang simple.


Mi Goreng Basah

Bahan-bahan

1. 1 paket mi kuning
2. 1 biji bawanh besar hiris
3. 3 ulas bawang putih hiris
4. Ayam bahagian isi potong
5. 2 SB sos cili
6. 1 SB sos tomato
7. 2 SB sos tiram
8. 1 SB cuka makan
9. 3 SB cili kisar
10. 2 SB kicap manis
11. Gula
12. Secukup rasa
13. Sayuran yang ada - kacang buncis dan kobis potong nipis. Tomato potong 6.

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang merah dan putih. Bila naik bau masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak.

2. Masukkan sos cili, tomato, tiram, cuka dan kicap. Gula bubuh sikit dan secukup rasa. Gaul rata. 

3. Masukkan ayam dan masak sehingga masak. Masukkan air dalam 1-2 cawan.

4. Masukkan sayur-sayuran kecuali tomato. Masak 1-2 minit.

5. Masukkan tomato dan mi. Gaul rata 2-3 minit. Boleh angkat dan hidang.

Seorang 1 mangkuk je sebab buat satu bungkus. Sedaplah pulak... tak cukup ayah cakap. Lainkali masak lah lagi. Ini pum nak habiskan sebungkus mi yang dibeli sebelum raya haji hari tu.

Tak cukup pedas tambah cili potong. Tambah pulak dengan EO Lime Flavouring. Terangkat bau flavouring ni.

Ini makan petang cum dinner... harap malam tak lapar.




 

1 comment:

  1. Bila tak ada bahan bahan yang cukup, kita masak ikut kreativiti je lah kan. Dapatlah merasa sorang semangkuk. Sedap sangat tu. hihi..wahh guna EO lime juga :)

    ReplyDelete