Pages

Sunday, September 12, 2021

Bihun Nenek

Bila anak-anak dan cucu-cucu nenek balik pasti mereka akan pesan nenek untuk gorengkan bihun untuk sarapan pagi.

Pagi tadi ibu sempat kirimkan bekas makanan kosong pada ayah untuk bawa balik bihun. Ayah bawa baju Wafi untuk dipakai pagi ni sebab malam tadi Wafi taknak balik rumah. Nak tidur rumah nenek sebab ramai sepupu tidur sana.

Oh ya.. teringatkan kisah masa kecil dulu, bila hari cuti sekolah sahaja pasti ibu akan tidur di rumah nenek ibu atau tidur di rumah sepupu-sepupu. Itu sebab hubungan kami rapat hingga ke besar sebab dari kecik sudah biasa bersama. 

Masa kecil ni lah nak tidur, main dan makan bersama. Bila meningkat remaja masing-masing akan sibuk dengan urusan lain dan ada kawan-kawan lain pula. Jadi tradisi untuk tidur di rumah nenek akan berkurang melainkan bila ibu bapa masing-masing tidur di rumah orang tua mereka. Jadi anak-anak akan mengikut sekali terutama bila tiba musim perayaan.

Inilah rupanya bihun goreng yang didambakan semua. Sehinggakan abang Imi bila minta ibu gorengkan bihun nak rasa bihun macam nenek. takpun ayat Bami.. kenapa bihun ibu tak sama dengan nenek?

Adoii.. susahlah nak bagi sama walau bahan yang digunakan sama.. itu namanya air tangan.

Nenek guna bahan simple je macam cili kisar, bawang, udang kering atau udang geragau atau ikan bilis. Bihun pun beli yang pukal bukan brand popular. Hari ni nenek tambah hirisan ayam tapi sikit sahaja.

Namun rasanya tetap sedap.

Ibu makan berdua je dengan Kawi sebab ayah bawak pun tak banyak.. ramai orang kat rumah nenek kan. Mujur bami tak nampak sebab bangun lewat. haa.. itulah Bami.

Burung yang bangun awal dapat makan ulat besar!
hahahahah
 

4 comments:

  1. Replies
    1. Betul tu wak.. tapi sekarang ni air tangan nenek yang tiada tandingan huhu..

      Delete
  2. air tangan orang lama tiada bandingan. Simple pun sedap. Begitulah zaman kanak-kanak. Pantang jumpa saudara mara mesti taknak balik rumah. nak spend masa selagi masih ada peluang jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Fizah, seronok kalau ingat balik zaman kanak-kanak. Sekarang anak-anak memang berkumpul dengan sepupu2 tapi hp di tangan masing2.

      Delete