Pages

Saturday, September 18, 2021

Tanam Pokok Tepi Parkir

Kedai Pertanian Malaysia ada buat Fiesta Bunga. Bukan bunga je ada, pokok-pokok pun ada gak. Ibu beli sepokok limau kasturi. Ingat nak cari limau purut, tak ada lah pulak.

Inilah pokok yang ibu tanam, boleh dibilang dengan jari sebelah tangan je. Pandan memang subur di tepi parit. Dah 2 kali tanam, sebelum ni terpaksa dihapuskan sebab ular suka duduk bawah tu. Lepastu tanam jauh sikit.

Pokok kari tu pun beli di KPM. Lepas Cik Ujang bubuh baja, bertambah subur.
Pokok kunyit ambil sahaja di rumah nenek. Bila dah banyak daun takde lah pulak masak rendang pun. Masak lemak cili api je.
Pokok bunga telang tu minta dari officemate. Semasa PKP beliu tunjuk di FB pokok bunga telang yang berbunga lebat. Ibu minta semaikan, nanti lepas PKP mesti dah hidup. Memang betul telahan ibu. Beberapa hari masuk ofis, beliau bawakan.
Ni dah berbunga 2 kuntum tapi takde pun nak petik buat minuman hahah...
takpe lah.. tunggu banyak bunga.

Seronok pulak tanam pokok. Nantilah cari pokok lagi. 
Mungkin faktor usia kot.

Letak pasu pun sebelah parking kereta sebab senang nak siram. Pagi masa panaskan engin kereta boleh siram. Begitu juga bila sesampai rumah balik dari ofis.

Semoga bukan hangat-hangat tahi ayam!
 

2 comments:

  1. Tengok pokok kari dlm pasu tu teringat kami salah beli di pasar tani. Ingatkan beli produk kok kari, bila membesar rupanya pokok belimbing hahaaaa.... Kenapalah tak ramas daunnya cium dulu sebelum beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoiii.. tu gigih juga kak amie tunggu membesar tak petik daun, hingga baru perasan pokok belimbing.. ini masa mula2 beli, pelepah pun tak sampai 10 tapi dah petik2 nak masak kari.. ni dah subur jarang pulak nak masak kari.

      Delete