Pages

Thursday, September 16, 2021

Paru Goreng

Balik dari Econsave ibu bersihkan terus paru yang dibeli, 

.Ibu rebus guna Noxxa berpandukan pada blog Azie Kitchen.
Terima kasih Pn Azie atas perkongsian.

Ibu masukkan air kurang sikit dari paras paru. 3 kg paru, ibu masukkan 1 1/2 sudu besar garam dan 6 keping asam keping.  HP 30 minit.

Biarkan wap keluar sendiri dan toskan. Biarkan sejuk.

Hiriskan ikut ketebalan yang disukai.

Packing ikut kuantiti yang kita nak masak.

Paru goreng simple.

Yang ini kakak Widad hanya masukkan garam, serbuk secukup rasa dan kunyit.
Lepastu goreng garing.

Lepaslah keinginan Kakak Widad. Ehhh... Abang Imi pula yang terlebih-lebih.
Wafi tak makan mana-mana organ dalaman. Maka ibu gorengkan telur sahaja. Makan dengan sos dan kicap.
 

1 comment:

  1. Wahhh sedapnya.. sy x penah masak paru sendiri... selalu beli ms tapau nasi lemak berlauk tu je sbb sy seorg je mkn paru kt umh

    ReplyDelete