Pages

Sunday, September 5, 2021

Mesyuarat Projek Jalan di pagi Ahad

Jam 10 am, wakil 5 family di Lot 4028 bermesyuarat tentang Projek Jalan di rumah Cik Rasul. Konsep santai dan potluck tapi masih mematuhi SOP.

Ibu bawa bihun goreng dan satu jug teh tarik .. yang lain kebetulan menu sama... nasi lemak. Ada juga buah-buahan, kek pisang dan tosei. Ehhh... really rindu potluck sama-sama.

Tengahari makan je bihun goreng yang ibu asingkan dan nasi lemak tapau dari meeting.


Sebelum maghrib Kakak Widad dah siapkan dinner. Ibu masih temankan Wafi buat ulangkaji.

Siakap 3 rasa kuah banjir, kangkung belacan dan telur dadar goreng tepung Bestari.

Kakak kata resepi ni pernah viral.. ermmmm... entahlah.. ibu pun tak perasan. Sebelum ni yang viral guna kulit ayam tapi telah diolah guna telur. 

Cinanamon bread topping biscoff caramel dan coklat jenama Roti Ali yang sedang meningkat naik. Ehhhh.. itu Cik Wada lah yang buat. Ingat bolehlah buat sarapan esok pagi.. tapi dah tinggal separuh.. ada harapan separuh lagi malam ni jadi habuan Bami.

3 comments:

  1. Bagusnya ada perjumpaan 5 family.
    Tentu sedap tu dapat jamu selera bihun goreng dan teh tarik. Moga projek jalan berjalan lancar.

    ReplyDelete
  2. Lama tak gather2 kak.. insyaallah harap projek berjalan lancar dengan muafakat bersama.

    ReplyDelete
  3. Senang mensyuarat bawak potluck. Nak rewang tak boleh. Wahh..siakap 3 rasa kuah banjir. Saya pun tak perasan pulak resipi telur dadar goreng tepung bestari tu viral. Menarik gak untuk dicuba. Roti cinnamon tu tak pernah cuba lagi. nanti nanti jumpa kena beli.

    ReplyDelete