Pages

Sunday, November 27, 2022

Aktiviti Hari Ahad

Relax-relax je lah pagi ni. Ahad kan.
Masing-masing bermalas-malasan selepas Subuh. Tak ada lah pulak nak keluar jalan-jalan cari sarapan. Selalu terfikir kalau pagi nak try sarapan kat luar. Tapi itu lah... malas nak bersiap-siap awal di hari minggu.

Hari ni pun memang tak ada plan nak keluar ke mana-mana.

Jadi buat je lah sarapan apa yang ada je.

Malam tadi masak 2 pot banyak lagi balance nasi. Dah ibu dan kakak je yang makan malam.
Wafi memang tertidurlah sampai ke pagi. Kakak usik dia suruh bangun makan pun tak dipeduli.

Pisang lemak manis dah siap berkopek bubuh dalam peti ais sebab minggu lepas dah masak.
Pagi ni lah baru sempat digoreng.

Jam 11.30 am tu kawan-kawan Wafi, Syaidatul dan Amira datang siapkan assignment.
Minta ayah temankan lah di rumah sebab ibu nak pergi kondangan rumah officemate.

Kak Suraya yang masih berkhidmat di syarikat. rasanya sudah lebih 30 tahun menjadi warga UI.
Jumpalah few colleagues di rumah Kak Suraya ni.
Sempatlah kita berborak sekejap.

Selamat pengantin baru kepada anakanda Irul dan Ana.
Semoga perkahwinan diberkati dan dipanjangkan jodoh untuk kalian.

Sukalah Wafi bila ibu bawa balik goodie yang berupa coklat dan red velvet cookies.

Ok.. malam ni makan nugget dan chicken popcorn je.
Masing-masing pun dah kenyang.
Tadi ibu belikan Nasi Kukus Ayam Berempah. Beli lebih untuk jamu kawan-kawan Wafi. Since mereka tak mahu makan, jadi ibu tapaukan je lah untuk mereka bawa balik.

Oh jealous lah ibu.. esok ayah dan anak-anak dapat cuti.
Company ibu kerja dan replacement leave tahun depan CNY, dengarnya camtu lah.
Production sedang rancak sekarang.

Kan PM dari PH, jadi seperti dijanjikan kena jana ekonomi lebih untuk negara... ehhhhhh...
Tiberrr
😁😁😁😁😁

2 comments:

  1. Replies
    1. Sesekali wak.. pisang masak.diorang kurang makan.. kalau dijemput2 barulah cepat habis.

      Delete