Pages

Monday, November 7, 2022

Lepak Rumah Nenek dan Gelagat Anak-anak Buah

Pagi ni seawal jam 7 ibu keluar beli sarapan di gerai tepi jalan besar. Siap beli lebih untuk bawa ke rumah nenek. Balik rumah dulu sebab ibu nak sambung kerja ofis. Jam 8.20 camtu baru balik rumah nenek. Wafi selepas Subuh tidur semula dan bila kejutkan tak boleh bangun katanya. Ibu pergi solo je lah since Kawi jog.

Ingat nak breakfast je rumah nenek lepastu nak balik rumah bersihkan kipas hahah


Keria, ketayap, tepung gomak dan onde-onde buah Melaka.

Sementara nenek goreng bihun, ibu kemas-kemaslah rumah dulu.

Bihun nenek setiap kali weekend.

Ada air kesedapan... nescafe!
Zara dan adik-adik dan makan kuih-muih dulu.. lapar katanya.


eeeeeii.. Copia tak mandi lagi.

Ok... dah wangi Kakak Zara mandikan.
Tu haaa makngah ikatkan rambut cantik-cantik. Mulanya kakak Zara sorok rambut dalam hoodie je.. Sabar je lah.. tu nak tunggu Abang Aqil ikatkan katanya.

Lepas sarapan semua kena buat kerja sekolah dulu.
TV dan henfon nanti jam 12 tengahari baru boleh tengok.

Kakak Zara buat revision UPKK.
Aqib baca buku BM untuk tingkatkan bacaan.

Copia colouring je lah.

Tiba-tiba.... ini mama... cantiknyaaaa😁

Makngah duduk sebelah.. terkedip-kedip mata Aqib baca buku.. nak nangis ke tuπŸ˜„

Ali dan Cempaka pulak balik rumah nenek.
Layan je lah spiderman Ali ni!

Tak lama kemudian cek mek Dina dan abang kakak pulak sampai.. tengok tu.. belon dalam baju. Ada je lah Cik Wada nak nyakat.

Dina : eeiii.. tetek besar macam m*m*
Makngah : ssyyhhhh... tak boleh cakap. Rahsia!
Dina : Rahsia tu apa?
Makngah : Rahsia tu tak boleh cakap dengan orang.
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Bijak betullah budak keletah ni.. minah lawak!

Ingat nak balik dah tapi dah Azan Zohor plus hujan selebat-lebatnya.
Masak dulu lah untuk lunch. Cik Wada masak sup sayur dan ibu goreng ikan. Nenek rebus daun betik. Sambal belacan dah ready.

Jam 3.30 pm camtu baru balik. Ngantuk.. nak tidur rumah nenek ramai pulak budak-budak karang takleh tidur heheh.

Bangun tidur petang tadi lepas solat Asar sempatlah bersihkan kipas.
Mission accomplishedπŸ˜€

Dinner ayah order di Jadoos je.

Lepas Isyak ibu sambung kerja ofis lagi.. sebelum tidur sempatlah update blog dan blogwalking.
 

2 comments:

  1. Kuih-muih sarapan dan dinner, sedap-sedap belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. yang mudah-mudah je untuk weekend cikgu.

      Delete