Pages

Saturday, November 12, 2022

Menyantuni Majlis Perkahwinan Anak Acik Jumaiyah dan Helmi

Sabtu pagi sebelum ke rumah Atuk Jeb sempatlah ibu ayah menghadiri majlis perkahwinan anak dua pupu ibu Puan Hajjah Jumaiyah dan Tuan Haji Helmi di Jalan Dusun. Wafi dan Kak Widad tak ikut sebab lambat sangat bersiap. Ayah rushing sebab nanti nak usher rombongan pengantin lelaki di rumah Atuk Jeb. Jadi sementara Wafi da Kawi bersiap kami ke Jalan Dusun dulu, nanyi balik baru ambil anak-anak pula.


Atuk Nasir dan Nenek Sidah pun sampai juga. Panggil duduk sebelah.

Lepas tu mereka gerak ke jemputan yang seterusnya.

Tak lama lepastu nenek, Nenek Ina dan Nenek Yati pulak sampai. Take over lah duduk sebelah ibu😆😆. Ayah tak habis makan lagi. Macam-macam juadah ada. Ibu hanya ambil kambing bakar, 2 ketul kuih dan sepotong jambu batu. Tak ambil heavy meal sebab pagi dah makan nasi lemak.

Mereka datang bertiga je.

Dah lama makan berdepan dengan 2 orang tetemu ni, barulah beliau tegur ayah.

Ini abang Husna ke?

Ayah dan ibu macam krik krik je.. siapa pulak Husna ni.. ayah ingat takkan kenalan Husna officemate kenal ayah.

Saya emak Iwan.

Laaaa... punyalah lama sama-sama makan tapu tak perasan.

Mak Iwan cakap bila nenek sampai baru beliau perasan.

Itulah bakal mak mertua Cik Fatin.

Lepas dari tu mula lah sembang. Since kita pun baru balik dari Terengganu maka cerita pun sekitar pantai di sana sementelah emak Iwan ni asal sana.

Inilah dua pupu ibu.
Membesar sama-sama.
Acik Jumaiyah ni muda setahun dari ibu. Kakak beliau, Allayarhamah Suhana sebaya ibu dan pernah sekelas di sekolah agama.

Arwah atuk ibu iaitu Atuk Judi dan arwah atuk Jumiyah iaitu Atuk Parlan adalah adik beradik. Itu sebabnya kami adalah dua pupu.

Anak acik Jumiyah no 3 sebaya dengan Abang Imi dan sedang melanjutkan pengajian di UITM dalam jurusan Bahasa Melayu. Dulu masa tadika sama di Tadika ABIM.

Sehingga ketemu lagi.
Walau tinggal sekampung, dapat jumpa ketika majlis-majlis keluarga sahaja.

Terima kasih Jumaiyah dan Helmi atas jemputan hari ini.
Food semua sedap😋 dan dapat kami jumpa ahli keluarga yang lain.

Semoga anakanda Iqbal dan pasangannya bahagia melayari bahtera perkahwinan 
 

No comments:

Post a Comment