Masa di ofis Cik Cha whatsap ibu katanya ada parcel. Dok terfikir mungkin barang YL.. ehhh... baru teringat Cikgu Amie dari Sabah ada beritahu di messenger yang beliau akan hantar parcel. Ia merupakan hadiah kerana meneka tempat percutian yang beliau dan keluarga bercuti-cuti Sabah akhir bulan Disember 2021. Cuba sahajalah sebab macam tak baca dalam entry Cikgu Amie sebelum ini ke tempat tersebut. Kita pun bukan familiar sangat daerah Sabah ni. Hanya 2 kali sahaja ke Sabah itupun tempat yang sama, Kota Kinabalu dan Kundasang.
Bila Cikgu Amie umumkan di dalam entry Senarai Pemenang Teka Daerah Cuti-cuti Sabah rasa macam.. ehh.. ehh.. ada 2 jawapan yang betullah.
Inilah ole-ole yang ibu terima dari Cikgu Amie.
Kain batik, dompet berbentuk ikan dari kulit lembu dan Antalogi cerpen dan beliau merupakan salah seorang penulis cerpen dalam antologi ini.
Terima kasih Cikgu Amie atas kiriman hadiah-hadiah.
Semoga bertambah-tambah rezeki dan sihat selalu untuk terus travel.
Masyaallah.
Wafi pula yang terlebih excited.
Kain tu dah siap try pakai. Sekarang ni memang dia tengah seronok pakai kain batik. Follow kakak Widad lah ni. Tapi pakai kain semua jadi pelik.
Kakak Widad pakai kain batik ikat macam nak jerut tu.
Wafi pulak pakai gulung macam orang lelaki pakai kain pelikat.
Alhamdulillah. Selamat sampai oleh-oleh kecil dari Lahad Datu. Hahaaa... dapat bayangkan lucunya Kakak Widad 7 Wafi pakai kain batik Borneo tu.
ReplyDeleteSaiz kain tu sedang elok untuk mereka kak.. kat rumah ni pakaian mak dan anak2 memang dah share.
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteRezeki dapat hadiah
Semoga dimurahkan rezeki pengirimnya
Alhamdulillah wak.. sekadar mencuba.
Delete