Short getaway lah bila kita stay kat UiTM Shah Alam ni. Tujuannya nak Iftar buffet Ramadhan. Harga buffet seorang RM89.90 (early bird RM80).
Ada promo Ramadhan Staycation termasuk bilik hotel + buffet + sahur. Serendah RM220 untuk bilik superior bagi 2 orang. Ayah ambil family room RM440 untuk 4 orang dan tambah seorang lagi untuk buffet Ramadhan jadi RM520. Untuk sahur tak tambah sebab kakak taknak turun makan.
Langsir pun style klasik.
Sini ada 2 katil super single.
Siap ada chandelier.
Ada 2 settee kat bilik ni.
Suka sangat... fluffy lagi..
Pintu bilik air sliding PVC je.
Overall best stay kat sini.
Parking pun ample. Kebetulan dapat parking kat depan bilik je tapi kat bawah la.. nampaklah kereta dari berandah bilik.
Semua puashati.
Berehat-rehat setelah penat bekerja dan belajar 😀
Seronoknya dapat berkumpul bersama seisi keluarga. Tak sabar saya tunggu anak- anak sampai LD.
ReplyDeleteAlhamdulillah kak, bila anak-anak dah besar dan tidak duduk sekali, inilah momen yang dinanti-nanti.
DeleteWahhhh... cantiknya... walaupun agak old school perabotnya tp nampak selesa sungguh
ReplyDeleteAlhamdulillah, selesa sangat. Dah plan tahun hadapan pun nak datang semula, insyaallah.
Deleteada pakej mcm ni ok juga kan lepas iftar tak terkejar nak balik solat atau nak cari surau
ReplyDeletePakej macam ni sangat berbaloi. Makan pun relax je sebab solat tak terkejar-kejar. Kalau nak terawih di Masjid Negeri pun masih sempat tapi kami ambil keputusan solat bersama di bilik sahaja sebab bilik pun luas.
Delete