Pages

Sunday, June 7, 2026

Family Day 2026 : Homestay Kampung Malaya

Tahun ini Family Day kami repeat Homestay Kampung Malaya (HSKM) yang terletak di Muar, Johor. Sebelum ini menginap pada tahun 2021.
3H2M dari 30/5/2026 - 1/6/2026

Bangunan ni baru siap hujung tahun 2025. 3 chalet di atas Merbau, Balau dan Resak.
Bawah adalah Dewan Berlian. Kalau nak buat seminar pun boleh. Anak-anak dan bapa-bapa berkaraoke bawah tu.

Cool... ada buaian bawah pokok durian. Pokok ni takde buah. Ada satu lagi buaian besar macam ini di pokok sebelah kiri.

Kolam mandi ni tarikan terbaru. Baru siap 2 tahun lepas. 
Masa kami pergi dulu anak-anak bebas berbasikal dalam kawasan homestay. Namun basikal yang ada sekarang terhad bilangannya bila ada yang tidak diselenggara.


Rumah Melaka. 

Teratak Bidara depan tu open space, berbumbung dan berkipas. Ada tempat masak, BBQ pit dan kerusi meja untuk makan.  Selesa sangat. 

Ini dapur Rumah Melaka. Kami guna juga untuk goreng-goreng nugget dan telur. Juga buat air di sini.

View dari chalet atas Dewan Berlian.

Rumah Seraya ni kat belakang sikit. Ada pintu masuk dan parking sendiri. Namun connected dengan chalet yang lain. Ada 3 bilik namun bilik hujung takde aircond. Katil single + pull over bed.
Anak-anak bujang dok tidur ruang tamu rumah ni sebab malam mereka main game PS.

Patut ibu pilih bilik rumah Seraya jadi boleh bertenang-tenang dari hiruk anak-anak mandi manda dan berkaraoke πŸ˜‚. Ibu ada imuniti untuk memilih bilik sendiri sebab ayah sponsor RM450 untuk top-up harga bilik. Tapi dah tersalah pilih pula hehehe.. bilik-bilik yang lain ibu sendiri pilih untuk adik beradik yang lain berdasarkan bilangan ahli keluarga dan keperluan mereka.

Mana yang ada anak kecil ibu pilihkan chalet paling dekat dengan pool supaya anak-anak dapat dipantau. Mana yang ada anak dewasa ibu hantar ke Rumah Seraya sebab kat sana mereka boleh main PS sama-sama. Yang besar-besar ni bukan nak dah mandi pool.

Kami booked seluruh Homestay Kampung Malaya selama 3H2M yang meliputi 7 chalet, Rumah Seraya (3 bilik), Rumah Melaka dan Teratak Bidara berharga RM4,530
Semua rumah ada kipas dan air-cond.

Btw, tahun ni kami collect RM200 setiap keluarga untuk perbelanjaan makan dan top-up harga bilik. Mainly sewa homestay dari duit yang dikumpul setiap adik beradik setiap bulan. Lebih 10 tahun dah kami buat. Tak banyak, RM30 sahaja tapi bila consistent macam²lah boleh dibuat dengan duit tu seperti buat aktiviti keluarga, repair rumah nenek dan sebagainya. Malahan kami ada membuka Akaun Bersama (2 orang) bagi tujuan simpanan. 

Kami ada 11 orang adik beradik jadi semua dapat satu chalet/bilik.
Nenek je masuk dengan Cik Nora dalam Rumah Melaka sebab bilik tu besar ada katil single dan double. Tengah-tengah masih boleh letak 2 tilam saiz queen.

Rumah Seraya dan Rumah Melaka pun ada dapur luas dan lengkap untuk memasak.

Kami tambah Dewan Berlian satu malam untuk buat persembahan dan owner charge RM100. Dewan tertutup ada aircond dan kipas. Luas bersih ada kerusi semua. Memang sangat selesa. Namun owner bagi free dewan pada hari pertama dan kedua siang hari untuk berkaroke dan anak-anak boleh main in-door game seperti Saidina dan sebagainya.

Pada kawan-kawan yang nak beraktiviti di area Johor memang ibu highly recommend Homestay Kampung Malaya ni. 5 star kami bagi. Pada kami ianya sangat complete.


Beberapa hari sebelum kami sampai owner share gambar pokok durian, tapi sayangnya masa kami sampai belum masa durian luruh. Yang luruh ada lah beberapa biji tapi semuanya mengkal πŸ˜…
Owner Homestay Kampung Malaya, Abang Hafidz.

Boleh tengok gambar-gambar lain di FB, IG & TT Homestay Kampung Malaya.

Pokok nanas ni tunduk... Banyak juga buahnya namun semua masih hijau.
Hanya serai, daun pandan, buah lemon dan limau kasturi yang kami petik untuk diguna. Buah-buahan lain nampaknya belum rezeki kami untuk makan.

Namun ada juga setandan pisang Nipah dan pisang Montel untuk kami bahagikan antara adik beradik. Owner dah siap minta pekerja tebangkan sebelum kami balik.

9 comments:

  1. Bestnya homestay siap ada durian lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Homestay dalam dusun tapi belum rezeki merasa durian huhu

      Delete
  2. Aiiiih semua chalet di sana dipesan semua ya kak 😍😍. Baguuuslah, jadi tak ada tamu lain. Memang private utk keluarga gathering saja... Ternyata sangat ramai yg ikut yaa. Hebat yg mengatur acara, bisa mengumpulkan semua kluarga. Bukan mudah nih πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula² tak nak ambil Rumah Seraya tapi akhirnya book semua jadi setiap family dapat satu bilik. Kalau tak kami akan pecahkan chalet ikut jantina. Bila book semua jadi lebih selesa.
      Setahun dah bagitau siap² date FD seterusnya, jadi semua kena stanby😁

      Delete
  3. Owh..dekat Johor...memang puas hati mcm ni, murah rezeki ayah sponsor penginapan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. kat Muar. Kiranya takde lah jauh sangat sebab belum sampai JB huhu.
      Ehhh.. ayah sponsor RM450 yang lain kami buat kutipan keluarga.

      Delete
  4. Menarik la Homestay ni...ini baru homestay...yang kat Mersing hari tu bukan homestay...rumah tinggal namanyaaa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul² homestay dalam kebun. Mesti akak belum sambung baca entry Mersing lagi ni.

      Delete
  5. Oh kat muar rupanya. Baru tahu

    ReplyDelete