Pages

Sunday, June 7, 2026

Family Day 2026 : Lunch & Santai Petang

Check-in homestay jam 3 pm tapi owner bagi masuk awal cuma kena tunggu bilik ready. Jam 1.30 pm dah boleh masuk tapi kami masih berehat-rehat di Teratak Bidara. Nak lunch dulu sambil tunggu adik beradik lain sampai. Cik Ami sampai dulu dalam 1.20 pm sebelum kami sampai. Dari Gunung Ledang ada yang singgah masjid dulu untuk solat, ada yang nak nyendol dulu dan ada yang cari toilet.

Dari Klang ada yang sampai lewat sedikit bila jalan jammed.. maklumlah cuti umum 4 hari sempena Hari Keputeraan Agong dan Hari Wesak. Ditambah cuti sekolah lagi.

Kak Supiah pasang dapur baru masa kami sampai. Bolehlah rasmikan nanti.

List potluck hari Sabtu ; 
1. MN - daging belengas & ayam masak merah & Nasi Putih
2. Cik Elis - nasi impit, kuah kacang
3. ⁠Cik Ami - Laksam
4. ⁠Cik Baya- spagetti😆
5. ⁠Wada - kek coklat
6. Cik Cha - Rendang daging
7. Cik Ana - Ikan bakar & Nasi Putih

Menu ni dalam 2 minggu sebelum pergi masing-masing dah tulis nak bawa apa.
Ada yang masak sendiri ada yang tempah. Ibu tempah je sebab tak nak berlemuih pagi-pagi di dapur. Nak tenang-tenang je pagi sebelum berjalan.

Cik Baya tu terlupa lah yang spagheti dia tak sempat dimasak 😂.. tak apalah.. dimaafkan... kerja misi ada shift, ditambah jadi AJK Hadiah.

Nenek sampai bawa lontong, daging kicap dan sup daging dari masjid.

Ni yang ibu bawa, Daging Belengas 2 kg dan Ayam Masak Merah 2 ekor.
Aihh.. geram je nengok sudu plastik tu.. lupa pulak nak bawak senduk.. ada je Cik Ami bawak tapi tak cukup pulak. Nak ambil kat dapur dah lapar.

Hari pertama santai-santai je.. memang takde spesific aktivit. Bagi anak-anak main. Makpak nak rehat je.

Sedap nya Saif tido atas Mak Echa hahha

Family Cik Biela hari Jumaat dah gerak ke Johor dulu sebab ada kenduri family Cik Awie.

Anak-anak Cik Nora ikut Cik Biela sebab Cik Nora datang lewat sikit, Cik Otin kerja. Nanti bawa nenek sekali sebab nenek nak masak dulu kat masjid sempena korban.

Anak-anak dan mak-mak sedara ambil angin
Panas betul masa kami sampai tu.

Ibu cepat-cepat lah masuk bilik cari aircond. Tak ada apa nak buat kan... kunun nak tidur.. dah landing atas lantai, bawah aircond, bawah kipas... tapi bukan boleh tidur pun... dengar anak-anak buah mandi kolam dengan gembiranya.

aihhh... masih kesal pilih Chalet Merbau 🤣🤣🤣🤣
 

14 comments:

  1. Chalet Merbau tepi kolam ke ibu? Memang tak leh tidur la ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tepi kolam.... chalet atas Dewan Berlian. Still boleh dengar budak² mandi. Tambahan pula dewan bawah tu geng² karoks conquer. Chalet yang tepi² kolam untuk parents yang ada anak kecik. Habes geng² Rumah Seraya gelakkan akak sebab sana tenang dan sunyi🤭

      Delete
  2. Bestnya menu potluck. Ada juga yang terlupa ye. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat lah tu.. kalau masak kat HS pun sempat lagi tapi bila nengok potluck lain banyak tak jadi lah masaknya.

      Delete
  3. Family day macam ni memang yang paling best sebab dapat luangkan masa bersama keluarga dalam suasana santai. Kadang-kadang momen makan, berbual dan bergelak ketawa bersama itulah yang jadi kenangan paling bermakna untuk diingat nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ya.. santai² je.
      Cipta momen bersama🥰

      Delete
  4. Kalau ada karoks tu alamak macam mana nak rehat tu? Saya tak suka la kalau bising2 sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Karoks nya kat bawah... takde lah bingit tapi still dengar hehe. .. tak adil pulak soh mereka stop sebab nak enjoy².

      Delete
  5. Hahahaha kakak pun tipe yg sensitif kalau dah dengar suara yaa. Jadi susah tidur 😄. Sama lah kitaaa.

    Tp meriaaah sangat nih memang 😍😍😍.teringin nak buat fam gath, tp tak tahulah kapan bisa berkumpul lengkap 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak enak tidur memang malam ke bila semua orang tidur juga🫣

      Family gathering Fanny kena buat kat KL/Penang macam sebelum ni😃

      Delete
  6. Bertabah la...Linda baca dari belakang ke depan.. jadi, sekarang meneka FD buat kat tg bidara ke?? Hahaha.. sebab nama nya Teratak Bidara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih.... Muar, Johor.
      Banyak lagi ni tak sempat tulis.

      Delete
  7. SA lagi la..x leh kalau bising..confirm x boleh tido walau macam mana penat pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi² tempat baru kan... sama je lah.. asyik terjaga².

      Delete