Pulut Durian ni ibu buat hari Isnin lepas untuk berbuka. Balik dari ofis singgah tepi jalan beli durian dan ke kedai beli beras pulut.
Pulut Durian Musang King dan Duri Hitam
Ibu buat sikit je pulut sebab sorang makan. Itu pun 3 hari baru habis.
Bahan-bahan
1. 1 cawan beras pulut
2. Air
3. 1 kotak santan
4. Garam
5. 2 helai daun pandan
6. 2 SB gula (kalau nak manis tambah lagi)
Cara-cara
1. Cuci beras pulut.
2. Masuk dalam inner pot Noxxa. Air atas sikit dari pulut atau 1 cawan air
3. Masukkan 1/4 sk garam dan sehelai daun pandan.
4. LP7 minit
5. Dalam periuk lain, campurkan santan kotak campur satu kotak air (kocak2 guna kotak yang sama)
6. Masukkan 1/4 sk garam, 2 SB gula dan 1 helai daun pandan.
7. Masak dan kacau selalu hingga mendidih.
8. Tutup api dan sejukkan.
Masa ibu beli durian tu ada dijual 1 dulang, RM100
Ada sebiji Musang King, sebiji Durian Hitam dan 2 biji IOI
Rasa macam murah, itu yang beli. Durian nya pun semua elok.
Disebabkan ibu seorang je makan, jadi ibu keluarkan semua dari pangsa dan masukkan dalam freezer.
Nanti Kak Widad balik boleh lah makan.

Tudia...sedap ni untuk penggemar pulut dan durian.
ReplyDelete