Pages

Sunday, July 26, 2026

Aktiviti Snorkeling Di Pulau Redang


Aktiviti snorkeling ditetapkan jam 2.30 pm, ia sudah termasuk dalam pakej. Sebelum tu bolehlah sewa goggle (RM10) dan life jacket (RM10) dari Dive Centre. 

Sementara menunggu bot sampai tu, kami berehat² di pondok bawah pokok.

Cuaca pun cantik.

Sampai tertidur² Kak Widad disapa bayu laut. Sejuk kat sini.

Ibu dan Kak Widad je join trip. Ayah nak berehat-rehat dalam bilik sahaja.
Speedboat bawa ke satu sport ikan.

Snorkeling di Pulau Ekor Tebu

Subhanallah..... cantik sangat air kat Pulau Redang ni. Jernih betul. Tempatnya pun sangat bersih.





Diver berpesan untuk tidak memanjat batu dan pergi ke kawasan pantai disebelah batu sana kerana ada teritip yang boleh melukakan.







Aktiviti snorkeling ni mengambil masa satu jam sahaja lepas tu dibawa semula ke resort.

Sampai di resort, sempatlah ibu register untuk turtle trip & Busung Pasir Pulau Kerengga. Bayaran RM50 seorang. Bila ibu check itinerary bayaran RM45 sahaja. Tak perasan pulak masa tu.

Sementara tunggu trip jam 5 pm, masa tu pun dah waktu minum petang jadi kami makanlah dulu.

Lepas makan bermalas²an atas kerusi pantai.

Sampai tertidur Kak Widad atas hammock tu. Punyalah sedap berangin.

Muat je kalau baring betul².

Jam 5 pm sampailah speedboat yang akan bawa ke Turtle Point. Ada 2 bot yang disediakan dan peserta telah ditetapkan naik bot yang mana satu.

Menurut diver, hari pertama kebiasaannya  yang mengambil pakej resort akan snorkeling di sebelah petang. Kalau pagi akan bercampur dengan orang yang mengambil pakej Day Trip. Jadi akan terlalu ramai orang di satu² sport.

Snorkeling di Turtle Point

Spot penyu ni berhampiran dengan Taaras Beach & Spa Resort yang dulu dikenali sebagai Berjaya Redang Beach Resort. Resort paling mahal di Pulau Redang. Nengok harga pun takut.

Masa bot berhenti di sport, teruslah beberapa ekor penyu datang. Girang betul kami melihatnya.



Jinak betul.

Diver Abe Joe tunjuk cara-cara nak tengok penyu.
Penyu-penyu tu boleh dipegang secara lembut tapi jangan lah naik atas dia atau peluk kuat-kuat.




Penyu ni Kak Widad ambil gambar ketika menyelam.

Masa ni Kak Widad dah naik atas bot. Puas dah katanya.

Ini dipanggil Timun Laut atau Gamat Hijau.
Ibu ada pegang bahagian licin tu, macam kulit keras. Takleh tengok lama²... geli huhu..

Selepas bermesra dengan penyu, jom lah ke mini Maldives, katanya.
Ibu pun belum pernah sampai Maldives 😅

Google image.

Kalau dari atas macam ini lah. Tapi masa kami sampai air mula pasang jadi sebahagian je nampak. Lagipun orang ramai jadi tak nampak bentuk sangat.

Busung Pasir (Sandbank) Pulau Kerengga

Antara tarikan di Pulau Redang adalah pasir yang terletak di tengah-tengah laut. Boleh datang ketika air surut atau air pasang.

Terlalu jernih airnya.









Busung Pasir di tengah lautan.
Susah nak ambil gambar sebab kedudukan matahari. Ini pun ibu terpaksa buang bayang² ibu ketika ambil gambar.

Untuk aktiviti snorkeling ni ibu tak turun hanya ambil gambar dari atas bot. Kebetulan BFF datang huhu.. jadi temankan Kak Widad je. Ayah memang awal² cakap tak nak turun laut jadi berehat² di tepi pantai.

Kalau dah pernah snorkeling di pulau² Malaysia, bolehlah snorkeling di Pulau Sabang, Aceh. Itu je lah yang ibu tau sebab tempat lain tak pernah pergi lagi. 

Bila tak dapat snorkeling di Pulau Redang ibu tidak begitu ralat sebab pernah snorkeling 2 kali di Aceh dan sekali di Pulau Pangkor. 
Cuma tak dapat snorkeling di Pulau Manukan dan Pulau Mamutik, Sabah disebabkan hujan lebat dan laut bergelora.

Pulau Mabul ada dalam wishlist tapi bila nengok pakej dia berkira² juga. Nak ke Pulau Mabul atleast 3H2M baru puas sebab jauh. Mudah²an ada rezeki ke sana pula.

No comments:

Post a Comment