Pages

Friday, July 24, 2026

Makan Malam Di Maecon D'River Resort I Satu Malam Di Rumah Cik Yah

Dari UMT terus ke rumah Cik Yah, sepupu ibu. Dapatlah berehat-rehat sejam lebih sebab jam 6 petang Cik Yah ajak dinner kat satu port baru yang mereka baru jumpa. Nama tempat ni Maecon D'River Resort. Restoren atas sungai. Dekat je dari rumah mereka dalam 4-5 minit drive.

Terletak di Lot 2850, Kampung Beladau Selat, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

Waktu dibuka tapi hari tak tulis pula.

Sementara tunggu makanan siap kita jalan-jalan dulu atas jeti. Hari pun dah petang jadi gambar agak gelap.



Kat tengah-tengah restoren ni ada beberapa port kolam ikan. Kot nak try memancing dan menjala boleh lah cuba.

Dalam restoren begini.


Houseboat yang boleh disewa RM400 semalam.

Ayah dan Cik Rasul.

Maecon D'River Resort ni ada villa dan water chalet.
Water chalet ada kat hujung gambar nun.

Google image

Kedudukan villa tiada gambar tapi ia terletak berdepan dengan restoren terapung. Restoren di sebelah depan gambar.

Disebabkan restoren ni atas air jadi akan terasa lah sedikit bergoyang.. atau terlambung-lambung.

Jomlah duduk, terasa pening pulang bila bergoyang-goyang.

Udang celup tepung je yang ibu ambil gambar sebab ini yang sampai mula-mula. Udang sudah dikupas kulit... nikmat betul makannya.

Cik Yah order Siakap 3 rasa, Tomyam Putih, Telur Dadar dan Kailan Ikan Masin beserta Jus Tembikai dan Jus Oren.
Takde ambil gambar yang lain sebab kepala dah pening huhu...

Ini je gambar beramai-ramai yang Raudah snap, ibu ambil dari FB Cik Rasul.

Masa kami sampai Rumah Cik Yah, sudah tersedia Cempedak Goreng. Aihh sedap betul cempedak ni, manihhhh

Lepas makan di Maecon D'River Resort tu, balik terus ke rumah Cik Yah. Bersihkan diri lepas tu semua terus pengsan.

Esok paginya Sabtu, seawal jam 6.50 pagi kami bersedia untuk bergerak ke destinasi seterusnya. Cik Yah ajak breakfast dulu kat kedai makan area rumah tapi kami menolak sebab nak makan sebelum sampai ke Jeti Merang. 

Bergambar dengan Nenek Ani, emak Cik Yah. Kebetulan hari yang sama akan balik ke Sungai Besi setelah 2 minggu berada di KT. Alhamdulillah Nenek Ani semakin sihat setelah mengalami stroke beberapa bulan lepas.

Terima kasih Cik Yah & Cik Rasul sediakan tempat untuk kami bermalam. Tak dibaginya kami ambil hotel. Ini je lah keluarga yang ada di Terengganu.

3 comments:

  1. Nk p Pulau Redang ke tu? 🫣 … Julai 2025 Sy p Redang naik bot drpd Jeti Merang.. 4h3m kt Redang mcm x cukup hr jerrr kt sana.. duk teringat ingat smpi skrg mcm nk repeat p lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa betul-betul... makaihhhhh... 4H3M bestnyaaaa, tu pun tak cukup ya. Nampak gaya kami kena pergi lah ni sebab ritu 1 malam je. Tapi memang best lah Redang ni.. belum boleh move on lagi.

      Delete
  2. Alhamdulillah, seronok tengok percutian sekeluarga. Tempat makan tempatan yang menarik kat KT!kalau SA kat sana ada rumah macam Cik Yah pun SA x bagi akak sewa hotel..buat apa buang- buang duit...kan?

    ReplyDelete