Pages

Monday, September 28, 2026

Majlis Makan Malam Rumah Laksamana


Majlis makan malam rumah Laksamana (Biru) diadakan pada hari Jumaat 25/9/2026 bertemakan World Culture.

Table setting hasil kerja anak-anak.

Mereka memilih western food seperti Chicken chop, spagheti carbonara dan aiskrim dan disediakan oleh Dewan Makan.
Manakala parents menyumbang pizza, satay, kek, jelly cup, roti jala, cheesetart, choco jar crispy dan air biru.

Tahun ni setiap rumah dapat mafla. 

Antara mommies yang super awesome.
Merekalah yang sama-sama rancang, communicate dengan pihak sekolah/anak-anak, buat kutipan sumbangan dan datang pada hari kejadian untuk sama-sama bantu.

Mami Jehan  lah yang lead.. cepat betul kerjanya. Anak mami Jehan, Adam baru F3.
Ibu kerap jumpa di Stesen KTM Sungai Buloh. 
Salute betul pada mami Jehan ni... walaupun duduk jauh tapi macam sekolah tu sebelah rumah je. Komited betul dengan aktiviti anak.

Wafi bagitau baju tu Auliya tolong pakaikan.
Susah juga kalau pakai seorang lagi-lagi ini pertama kali pakai sendiri.



Wafi, Alya, Wafa dan Ika.

Nampak baju mereka bertiga macam Chinese style.


Anak-anak Form 4 rumah Laksamana.

Kalau semua batch penuh ahli rumah Laksamana seramai 150 orang.
Tengok gambar yang lain betul-betul all out anak-anak.
Ada yang pakai baju dari Korea, China, Arab, Mongolia, India dan sebagainya.



Mami Jehan sebelah kanan Wafi.

Ada satu parents ni sponsor photo booth.
Jadi anak-anak bolehlah bergambar secara percuma.



Alya, Wafa, Wafi dan Pipah.

Sakanlah BFF ni.. gang Kriket.


Wafi pakai baju yang ada di rumah. Kimono kakak dia.. lama dah beli baju ni 7 tahun lepas beli kat bundle Japan. Masa tu kami nak join Bon Odori 2019.

Ni haaa Kimono pertama kali ibu pakaikan mereka.
Google cara nak pakai... entah betul ke idak huhu..
Sandal/terompah tu ada lagi tapi Wafi tak bawa.. susah pula nak pakai.. karang terpelecok pula.

Wafi yang ghemol 😍😍
 

25 comments:

  1. Comel2 je kawan2 Wafi. Meriah jamuan rumah Laksamana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah... yang upper form ni dah ada pengalaman jadi tau lah mereka nak jamuan yang macamana.

      Delete
  2. Bagusnya sporting belaka semua , bergaya sakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak All Out semua.. masa ni lah nak melaram.

      Delete
  3. Replies
    1. Saya tengok baju kawan-kawan dia grand wak.. agaknya beli kat shopee.. sekarang senang nak dapat.

      Delete
  4. Waduh meriah sungguh. Comel je wafi. Patut ada payung kecil Dan terompah baru ngam gadis jepun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak cakap nak beli.. selamat.... 😁
      Ada macam uncang Jepun tapi dia takmo bawak pulak untuk tambah accessories.

      Delete
  5. Replies
    1. Kimono tu kain cotton.. walau dah lama elok lagi kainnya. Mungkin pakai pun sesekali.. sebelum ni adik ada pinjam untuk dinner. Dia menang best dress.. dah yang ambil bahagian pun 3-4 orang je hehe

      Delete
  6. hahaha comel wafi time tu...spesis dak Khilfi ni masa kecik bulat

    ReplyDelete
  7. Wah, meriahnya majlis makan malam Rumah Laksamana! Cantik dan comel sangat Wafi pakai Kimono tu. Walaupun beli kat bundle Japan 7 tahun lepas, still nampak macam baru. Bertuah ada kawan macam Auliya tolong pakaikan..semoga murah rezeki ibubapa yang sponsor macam-macam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakainya pun bape kali je itu yang tahan. Mungkin juga sebab Japanese cotton.

      Delete
  8. Replies
    1. Boleh simpan lagi tu kimononya.. akan datang boleh pakai😆

      Delete
  9. Bila ada ibu2 yang bersemangat, kita pun turut bersemangat juga. Meriah nampaknya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa ya.... yang tak dapat datang ni kami support dari segi kewangan. Nak pi ada kekangan waktu pula.

      Delete
  10. Uish.. join Bon Odori kat mana? Selalu tahu Bon Odori, masa dekat sekolah je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Join kat Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic).
      Kat Malaysia ada 2 je tempat penganjuran.. satu lagi kat Esplanade Penang. Yang kat Selangor start tahun 2025 dah buat kat Sunway City.
      Lama lah Linda tau pasal bon odori dari zaman sekolah... akak tau masa Wafi umur 1-2 tahun. Pergi 3 kali je, yang last 2019.

      Delete
    2. SBP kan ada 3rd language.. sekolah Linda ada bahasa Jepun, jadi tahu la Bon Odori tu, sebab yang kelas Jepun, ada je yang pergi

      Delete
  11. Aghhhhh wafi pas kecil lucuuuuu banget 😍😍😍. Kimono yang dipakai memang nice sangat dipakai wafi 👍👍.

    Sayapun salut dengan ibu murid yang aktif dengan kegiatan di sekolah.

    Saya lebih sering tak bisa. Tapi dah bilang memang ke grub orangtua murid , kalau ada acara murid, saya tak akan bisa ikut datang, tapi saya akan support dalam hal biaya. Jadi berapapun biayanya, saya yang akan bayar. Cuma mereka yg harus arrange acaranya. Untungnya mereka setuju 😄. Lebih bagus begitu, lagipun saya tak kreatif juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu lah Wafi masa kecil.... boolat²😁.
      Bila hal sekolah anak kalau kita tak dapat sumbang tenaga, kita sumbang dari segi kewangan. Jadi bila bekerjama begini aktiviti jadi lebih lancar.

      Delete
  12. Semuanya nanti jadi kenangan indah. Banyak gambar boleh jadi tatapan.

    ReplyDelete