Pages

Friday, May 14, 2021

Shohari Clan Hari Raya 2021

2 Syawal 1442H
Masih duduk di rumah.
Hari ini ibu puasa. Insyaallah.
Untuk mengisi masa, maka ibu upload gambar Shohari Clan yang lain. Walau tidak dapat bertemu disebabkan tidak dibenarkan merentas daerah apatah lagi negeri, kita kumpulkan memori di sini.

Keluarga ummi di Tapah.

Abang Muhammad di Mesir.
 
Keluarga Cik Ujang.

Keluarga Cik Elis di Shah Alam.

Keluarga Cik Nora dan nenek.
 
Keluarga Cik Cha

Keluarga Cik Ami di Kajang

Keluarga Cik Biela

Keluarga Cik Wada

Cik Fatin dan nenek

Juadah di pagi Syawal.
Lontong dan kuah kacang yang tiada tandingan.

Collage picture
 

So cantik❤

Ya Allah
Kau angkatlah penyakit Covid 19 ini dari muka bumi ini
Agar kami dapat berkumpul bersama-sama keluarga yang dirindui

 

Thursday, May 13, 2021

1 Syawal 1442H

Setelah sebulan berpuasa, hari ni kita meraikan hari kemenangan.

Hari raya puasa 2021 disambut semasa musim Perintah Pergerakan Kawalan PKP 3.0
Tahun 2020 disambut pada Perintah Pergerakan Kawalan Bersyarat PKPB. Masa tu bolehlah beraya tapi dihadkan kepada 15 orang (kalau tak silap) pada satu2 masa.
Kali ini tidak boleh beraya ke mana-mana.

Gambar ni diambil masa shooting iklan Kewpie. Kami minta jurugambar ambilkan di akhir sesi penggambaran.

Ini pula diambil di pagi raya.

Dah rumah pun banyak sofa maka kita posing2 je lah.









Jam 8.30 kami sudah bersiap-siap untuk menunaikan solat sunat Aidil Fitri.

Mulakan pagi ni takbir raya beramai-ramai.

Solat sunat hari raya Aidilfitri.. kakak Widad tolong ambilkan gambar.

Khutbah Aidilfitri.
Teks tu dari JAIS.

Sesi video call dengan Tokwan, makngah dan paksu sekeluarga.

Juadah hari raya tahun ini... rasanya tiap-tiap tahun sama😅

Dimasak : nasi impit, nasi tomato, ayam masak merah, gulai daging dan acar.
Dibeli : ketupat palas dan serunding
Ditapau dari rumah nenek : lontong, kuah kacang dan sayur lodeh
Diberi : lemang

Set nasi tomato untuk munjong.

Walau raya di rumah tetap sediakan kuih muih untuk anak-anak.


Tuesday, May 11, 2021

Ramadhan 29

Penyimpan Mohor-mohor Besar YDP Agong membuat perisytiharan raya.


Insyaallah akan berhari raya pada hari Khamis, 13.5.21

Raya di situasi pandemik Covid 19.

PKP 3.0

SOP raya tidak boleh berziarah.
Duduk rumah sahaja.

Esok dah boleh start masak.
Raikan kemenangan puasa sebulan.
Anak-anak diutamakan.


 

Nasi Minyak Basmathi Noxxa

Hahhhh.... gitu tajuknya. Lengkap untuk digoogle. Ibu google je mana yang senang.. lepas tu olah sikit ikut bahan yang ada di rumah. Resepi ni mudah dan hasilnya secukup rasa. 


Bahan-bahan
1. 3 pot Beras Basmathi Pusagold Steamed 1121
2. 3 dan 3/4 pot air
3. 6 ulas Bawang merah - mayang
4. 3 ulas Bawang putih - mayang
5. 1 inci halia - mayang
6. 2 batang kayu manis
7. 3 biji bunga lawang
8. 5 biji buah pelaga
9. 5 biji cengkih
10. 1 kiub ayam
11. 4 helai daun pandan
12. 1 SK garam
13. Minyak masak/sapi
14. 1 SB oren Sunquick

(Sukatan air basmathi bagi setiap pot 1 : 1 1/4)

Mesti guna pot yang sama

Cara-cara
1. Rendam beras selama 30 minit.
2. Toskan sehingga kering

3. Panaskan minyak dalam Noxxa guna mode Stir
4. Masukkan daun pandan dan 4 sekawan sehingga naik bau.
5. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia dan goreng sehingga agak garing
6. Masukkan beras dan kacau rata.
7. Masukkan air, kiub ayam dan oren sunquick, juga garam.
8. Off fungsi Stir 
9. Tutup periuk dan guna mode HP 7 minit (sekarang tukar LP 7 minit tunggu sampai wap keluar sendiri)
10. Tombol pressure
11. Bila sudah bunyi beep beep biarkan sahaja sehingga wap habis.
12. Kuiskan nasi dari bahagian tepi ke tengah guna garpu.
13. Ini untuk elakkan nasi patah-patah.

Cantik kejadian nasi ini. Pic tak cantik sangat sebab masa buka puasa tadi ambil gambar.
Kalau ada kacang gajus atau kismis boleh tambah.

Nasi lembut dan berderai.
Puashati.

Wafi cakap bau nasi ayam.


Makan dengan ayam bakar.

Ada juga buat sup.

Alhamdulillah percubaan pertama guna beras basmathi sukses.





Di sebalik tabir iklan Raya Kewpie 2021

Less than 2 weeks ayah khabarkan untuk berlakon iklan. Untuk channel IG dan IGTV katanya. Hurmmmm.. ibu dah cuak.. manalah pernah berlakon-lakon ni kecuali masa presentation masa study dulu.

4.5.2021, Selasa

Jam 2 pm krew produksi sampai di rumah.
Masa ni ibu masih di ofis lagi.

Nak setup equipment pun ambil masa.

Kawi dah bersiap dari jam 2 pm lagi.

Gambar random je ni.






Jam 8 pm baru ada scene Kawi dan ibu.


Hazim, the director.
Sangatlah penyabar. Senyum je.
Kami budak baru belajar dik😅
Sabar je mengajar kami.

Ni lepas wrap up.
Kami minta cameraman, Halim untuk photoshoot gambar kami sekeluarga.





Produk Kewpie.

Bila dah up iklan baru tau watak ayah adalah Pak Abu😅


Abang Imi = Faizal
Kak Widad = Liza
Ibu jadi Cik Ani

Hahahaha... layan je lah.

Untuk iklan berdurasi 2 minit ni mengambil masa hampir 12 jam. 

Dari jam 2 pm sehingga selesai krew produksi bergerak pulang dalam jam 1.30 am

Betul-betul rabak mata.

Apapun ia pengalaman manis masam buat kami sekeluarga.

Nak berlakon lagi?
Takmo.

😅😅😅😅😅😅😅

Cukuplah sekali.
Ibu terasa kaku.
Kakak Widad kontrol.

Bami dan ayah je real.

Ramai komen editing video smooth.
Entahlah... ibu bukan reti sangat.

Tq pada krew produksi Hazim, Halim, Zana dan seorang lagi yang ibu lupa nama beliau.

Bolehlah beli produk Kewpie yang lain. Sebelum ni beli yang mayonis je... 



 

Monday, May 10, 2021

Iklan Raya Kewpie 2021



 https://www.youtube.com/watch?v=O4Y778r3Al0


Petang tadi channel Youtube Kewpie up video iklan ni.

Alhamdulillah... satu pengalaman buat kami sekeluarga.

Sunday, May 9, 2021

Persiapan sebelum raya

Petang tadi keluar ke pekan Kapar. Niat di hati nak survey langsir kot ada yang berkenan nak belikan nenek. Ada few choices yang harga mampu milik.

Kali ni pilih maroon.. ingat kalau ada kuning lawa gak tapi yang ni pun ok.. ada 3 kaler, maroon, kelabu dan hijau. Sebelum ni torquise.  Sengaja ambil design dan material nipis sebab cucu2 nenek ramai yang kecil2. Suka lah mereka menarik2 langsir tu. Takut tercabut rail kena kat mereka pula.

Masa sampai jam 5 pm tu cik Fatin dah siap kemas dan mop. Cepatlah kerja ibu camni. Minta kak Widad gosokkan langsir sementara ibu masukkan cangkuk. Cik Fatin gantung pula. Kerja buat sama-sama cepatlah siapnya. Dekat jam 7 pm baru siap.

Selepas terawih lap2 cermin dan meja. Basuh bunga2 orkid.  Lapang dah almari nenek. Minta anak2 buah tolong apa yang perlu. Alhamdulillah masing2 ringan tulang.


Dah siap masing2 rehat... duduk berbual2.

Tinggal nak pasang karpet dan meja kopi je. Sementara ni biar lapang. Senang cucu2 nenek nak main.

Siap awal dah boleh relax2 nanti.

Tinggal masak juadah raya sahaja.