Pages

Sunday, December 11, 2011

Happy 18 months!!!

Alhamdulillah... wafi dah setahun setengah.
Syukur ke hadrat Ilahi dengan kurniaanNya.

Gambar ni masa umur wafi 2 bulan.
Muka lawak masa tengah senyum
Sekarang pun masih minah lawak penghibur hati ibu, ayah, kakak dan abang.
sayangggg sangattttt.

Friday, December 9, 2011

Persiapan sekolah anak2

Ibu dah beli kelengkapan pakaian abang imi & kak widad.
Beli kat Pusat Pakaian Harian, brand Jony & Jeny.
Juga kat Bintang Fashion, brand Bees sebab kak widad nak kain yang berzip.
Kain & harga dia pun ok gak kat 2 tempat nih.
Kat PPH, baju dan kain sekolah dia pasangkan sekali ikut saiz.
Tak best gak sebab kenkadang baju & kain budak ni tak sama saiz dia.
Biasa beli kat 2 tempat ni jer.. cuma last year jer beli kat Kamdar dan tambah sket2 beli kat Giant brand Signature.
Beli awal sket sebab kalau lambat2 banyak saiz takde dahtu ramai sangat orang.
Last week beli hari sabtu tengahari, orang pun tak ramai. Takdelah rimas sangat nak tunggu anak2 cuba saiz.
Tinggal nak beli kasut sekolah (yg ni every 6 mths nak bertukar) dan beg yang koyak nak berganti.
Ibu beli bukan tiap2 tahun. Macam abang imi, cermat guna beg. 3 tahun boleh pakai.

Insyaallah, tengahari ni nak beli buku sekolah plak.

Thursday, December 8, 2011

Cantas juga akhirnya!

Rambut Wafi ni terasa cepat panjangnyer.
Ummi selalu buat patern rambut yg macam2.
Tapi tulah... ibu suka gak free hair.
Kalau malam sebelum tido memang bukakan ikatan rambut.
Bila tengah tido, kenkadang, tangan Wafi akan selakkan rambut.
Rimas gamaknyer.



Ni kali ke-3 potong rambut sejak Wafi lahir.
Dah besar sket ni, bukan senang nak potong rambut dia.
Nak pegang gunting la... pegang sikat la..





Abang Imi ada penyelesaian. Suap makanan. Diamlah dia.
Pandai abang mi.
Tapi mulut pot pet pot pet mintak abang suapkan lagi.
hurmmmm...

Wednesday, December 7, 2011

Cuti yang tak cuti buat abang imi

Walaupun cuti sekolah, abang imi kena ke kelas tambahan.
Almaklumlah tahun depan nak peksa dah.
Ok jugak cikgu buat kelas, takdelah asyik nak nengok tv jerr..
Takdelah nenek ngan atok bingit telinga.
Kalau ada abang imi ngan kakak widad berdua, ada je benda nak berebutkan.
Sekejap je baiknyer.. pastu gaduh lagi..
Komputer, tv... pun nak berebut.
Tu belum lagi basikal fixie cik fatin.
Seminggu 2 kali jer.
Abang imi balik kelas pukul 10.30 pagi.
Terus balik rumah.
Ibu dah siapkan makanan.
Abang imi cakap kalau boring, makan banyak kali.
Semalam cakap 5 kali makan. Betul ker????
Ibu takut cukup sebulan, badan bang mi jadi belon hahaha..
Kalau tak sekolah baru gi rumah atok, itu pun selang seli hari.
Abang imi ni dah besar kononnyer... jadi nak duduk rumah jerr..
Elehhhh... ibu tau, nak tengok tv ngan main game ler tu.
Kalau suruh buat latihan hurmmmmm... banyak la pulak alasan!!

Tuesday, December 6, 2011

Sekitar birthday Nurin

Ibu tunjukkan kakak widad blog auntie syima tentang jemputan birthday kakak Nurin.
Kakak widad laa yang dok peringatkan ibu selalu.
Tak boleh lepaskan jemputan ni sebab auntie syima kan pandai baking2.
Rumah pun tak berapa jauh (walaupun tau tol batu 3 tapi nak masuk tak tau haha, sib baek cik elis pandu arah)

 Strawberry shortcake... cantik, kalerful, sedapppp... (first time pun tengok karektor ni)

Birthday girl, Nurin. (Ni mesti cakap I love Afiq, hehehe cute jer)

Kegemaran abang imi, mashmallow + coklat.
Ntah berapa banyak masuk perut dia yang haritu bagai nak slim tapi tak jadi hahaha...
Hidangan hi-tea. Ada nasi lemak yg sedap.. 2 bungkus ibu ngap, roti jala dgn kari mantappp, cara berlauk, karipap, sandwich, kuih tako, nugget, fishball.. semua ibu rasa, ehhhh bukan rasa, makan beria sebab tak lunch lagi. Pagi dah heavy breakfast.. (sebenarnyer ibu malas nak masak untuk lunch hahaha... cakap kat anak2 kita makan kat rumah auntie syima jer)

Clown ni nama pendek dia Labu... nama panjang Laaaaaaaaaaaaaaaaabuuuuuuuuuuuuuu.
Yg pakai topi tu adik Nurin, Nazlin. Keletah betul.. teringat ayat dia.."this is my house and I know where to get the thing...", masa tu nak cari syiling 5sen & 50 sen.

Abaikan gambar ibu yang terpejam mata. Nampak tak lukisan abstrak kat belakang tu. Cantikkan.
Sebenarnya ibu baru perasan bila tengok balik gambar2.

Ni masa potong kek. Cup cake pun ada.
Nak tau kesedapan cup cake tu... tunggu entry akan datang.

Ni lah dia auntie syima (yang sebelah kanan) dengan kawan dia.
Auntie Syima dan uncle Ayedt ni dulu classmate ayah masa kat matrik UUM.
(Terima kasih syima, ayedt kerana menjemput kami)

Ni kat depan rumah mereka.
Ayat kakak widad & abang imi "kenapa kita tak duduk rumah macam diorang"
Ayat standard ayah "nanti adik dengan bang mi belajar pandai2, dapat keje elok2, belilah rumah macam tu"
hahaha...

opsssss..... sampai ke dapur sudah.. ayah nak dapatkan aura.
Tahun depan ayah kata nak belikan satu untuk ibu... adehhhh fengsannnnnn....

Monday, December 5, 2011

Cameron Highland 2011

Tpt yg kena pegi setiap tahun.
Sepatutunyer sebelum cuti sekolah pegi tapi sebab haritu Wafi tak sihat tu yang postphone dan plan ke CH pun last minute.
Tahun ni pegi ikut Simpang Pulai.
Bertolak dari rumah umi kat Tapah kol. 8 am.

Jalan lebar compared to jalan lama Tapah.

Sampai2 gi Eight Mentigi Guesthouse. Penuh.
Bak kata Abang Imi, "ayah ni... dah tau nak cuti book la hotel dulu" grrrrr...
Cantik tempat ni.

Cik Wada & Cik Bila yang kegediksannnn

Ni kat Mardi... dik, batu tu jangan bawak balik hokehh... nanti ada 'benda' ikut...hehehe

Dalam Mardi gak... bunga2 dia semua cantik2.

 Barula dapat bergambar sekeluarga..

Over acting... Bukan boleh dekat... ada je menda yang nak dikelahikan..gambar kena paksa dok elok2.

 Rehat jap... bagi Wafi main2 dulu.

Singgah jap kat Pasar Malam Brinchang, walaupun masa tu dalam pukul 1 tengahari.

 Ni kat ladang teh, Cameon Valley. Ni nak cepat sebab hujan  makin turun dengan lebat.

Pekena scone RM12 (2 biji) ngan teh tarik rege RM3.50 cawan kecik. Beli 2 kongsi ramai2. Memang nikmat walaupun mahal.

Banyak nau kenderaan kat Tanah Rata & Brinchang.. sib baik jalan tak jem.
Tapi tu lahhhh ... sebab kami biasa pegi bukan hari cuti sekolah @ umum, memang beza la suasana dia.
Next year kena pegi hari minggu biasa baru lahh lebih enjoy.
Pukul 3 lebih gerak ke Ipoh, ikut Simpang Pulai gak.
Balik terasa pantas sebab turun bukit bukau & ibu tido sambil menet*kkan Wafi yg tido keletihan.



Another bundle of joy!

Sorang lagi cousin girl rawiwa.
Cucu atok & nenek yang ke-17.
Kakak widad cakap baguslahh... ramai sket cousin pompuan.
Yerlahhh... tahun ni 2 cousin boy lahir, nampak byk, tapi kalo girl pun 2 gak sebenarnyer termasuk adik aqil.
Kakak widad mention gak kuarga abang muhammad yg bykkkkkk  laki!
Lahir 04.12.2011 (ehhhh selang 4 hari la dari birthday widad), 3.07am, 3.07kg kat Hospital Sungai Buloh.
Waaaaa... baby demuk2... nangis kuat2 tau.. hehehe (ibu dengki sbb semua cousin rawiwa menten tido jerr..ehhhh kecuali budak cumil alma hahaha)
Annur Zara Aqilah
Wahhhh.... Muhammad Aqil Najmuddin dah ada adik.
hehehe... tak dapat cik anum bayangkan camno laaa aqil handle adik dia.
Jadi abang yang baek hokehhhh...
Takmo ngentil lagi tau!!!!!
Tahniah wat cik echa (yang blognyerr dah bersawang hehehe...) & zamri.