Pages

Monday, April 29, 2019

Kek Coklat Moist

Lepas buka tadi tiba2 teringin makan kek coklat. Google dulu resepi.
Minta Bami gi kedai beli telur, susu cair dan gula. Bahan lain dah ada. Kena buat juga waktu berkeinginan... kalau tak akan malas dan tak akan buat😁

Kids seronok bila tau ibu nak buat choc cake.


Kek Coklat Moist
Bahan2 A
1. 1 cawan serbuk coklat
2. 1 cawan susu pekat
3. 1 cawan susu cair
4. 1 cawan minyak masak
5. 1 cawan gula pasir (3/4 cawan sahaja)
6. 3 biji telur

Campurkan semua bahan di atas dan blend/mix selama 5 minit (guna whisk sahaja sebab tak jumpa blender😂😂😂 dan wayar mixer tikus plak dah gigit2😢😢)

Masa ni dah boleh panaskan kukusan.

Bahan2 B
1. 1 1/2 tepung gandum
2. 1 sudu kecil soda bikarbonat
3. 1 sudu kecil baking powder

Bahan di atas ayak sekaligus.

Cara2
1. Masukkan bahan A dalam bekas besar
2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan kaup balik sahaja
3. Tapis dan masukkan dalam loyang (mula2 tapis tapi lambat lah pulak.. sebab dah penat.. masukkan je dalam loyang.. tu yang nampak ada bintil tepung.. tapi takpe.. boleh cungkil keluarkan😀)
4. Kukus selama 1 jam/60 minit😁 api sederhana.

Topping coklat
1. 250g coklat masakan
2. 1/4 susu cair
3. 1 sudu besar minyak masak (untuk kilatkan topping)
4. Coklat rice atau cip

Masukkan bahan 1-3 dan masak secara double boil.

Curah atas kek yg sudah suam dan taburkan coklat rice/cip.

Sedia dihidang😍
 Ni masa 1/2 way masak... lap tudung periuk taknak bagi wap air turun atas kek.. bila dah masak kembang lagi.

Ada plak bintil tepung... is alright... cungkilkan je😀

 Topping double boiled.

Terus curah topping sebab nak keluarkan kek susah plak.. lupa nak bubuh baking paper😁

Tak jadi hal... kek menten moist. Resepi ni kurang manis sebab dah kurangkan gula.

Malam ni habis 2 potong.. owhhh... bertambah kalori malam ni.
Ok. esok boleh puasa😶

So esok Kawi & Wafi boleh bawa bekal kek🤗


No comments:

Post a Comment