Pages

Monday, April 29, 2019

Sambutan Hari Guru 2019 SKBK & SRA BKT

Tahun ini sambutan hari guru diadakan awal berbanding 16 Mei yang jatuh pada bulan puasa.
Latih anak2 beri cenderahati dengan ikhlas. Ye lah... walaupun cikgu2 ni tak minta hadiah tapi didik anak2 untuk beri ucapan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar.

Macam biasa... ibu pecah kepala juga memikir nak beri hadiah apa...kalau dulu zaman sekolag bagi sabun mandi buku atau tisu kotak sebab masa tu, itu sahaja yang termampu. Beli pun kumpul duit sendirišŸ˜„ 

Sebab ibu pun belum gaji.. maka marilah mencari di Mr DIY. Cari di Klang Parade.. banyak lah pilihan.

Untuk 11 guru dari SK & SRA.. semua sama je. Sebab beli pun petang semalam.. maka print sahaja ucapan tu.. nak suruh Wafi tulis.. banyak masa pulak nak menunggu dia.

Sebetulnya nak masukkan dalam bekas plastik dan seal dengan reben.. tapi tak muat lah pulak.
Nak beli pembalut pun dah petang... guna je plastik seal Ikea.. susun2.. jadi juga.

 Ini Kakak Widad punya.. tahun ni beli mahal sket sebab dah tahun akhir persekolahan. Food container, buku nota, stationeries, tudung bawal dan coklat. Adalah dia mix & match.

 Ni lah container nya.. kalau masuk coklat mungkin ok. Kalau camtu kena simpan lagi lah bekas2 ni.

Guru kelas Wafi, Cikgu Karim
Mengajar BM, Maths & PJK
Gambar kiriman Cik Ana.
Alahai... kalau teringat kelakar lah pulak.. sebba Wafi dok komplen cikgu bagi homework selalunya banyakšŸ˜€

Semoa cikgu2 redhokan ilmu yang diajar dan semoga cikgu2 diberikan kesihatan yang baik untuk terus mendidik anak2 murid semua.

Selamat Hari Guru
Cikgu2 semua.

No comments:

Post a Comment