Pages

Wednesday, April 24, 2019

Cara Mengumpul Duit (1)

Jom kita check cara2 yang menyeronokkan untuk kumpul duit😀

Haha... apa yang seronok sangat entah... tapi sebwnarnya sengsara juga nak menyimpan kan.

Cara ni dengan simpan not RM20
Sebab kaler dia oren kan... lawa.

Kalau dapat note ni
1. Simpan terus dalam bekas
2. Kalau dalam purse ada duit RM20 dan RM50 lepas tu barang yang dibeli berharga RM6... pejam mata.. guna note RM50.
3. Kalau keluarkan duit dari ATM RM200 yang mana itu sahaja duit yang ada, kebetulan note yang keluar RM20 sebanyak 5 keping dan selebihnya RM50, sebolehnya simpan semua note RM20 tu tak pun paling maksimum yang kita boleh simpan.
4. Kalau terguna sebab masa tu dalam purse hanya ada note itu sahaja... mesti kena rasa berslah dan cuba untuk top up semula.

Tetapkan sasaran kenapa kita simpan duit.
Contoh :-
1. Jangkamasa setahun tanpa mengira berapa banyak yang perlu dikumpul
2. Nak simpan RM5k tanpa had masa atau RM1K dalam masa setahun
3. Simpan untuk beli barangan yang dihajati
4. Saja2 simpan pun boleh🤣🤣

Ini contoh yang ibu disimpan.... kalau tak silap hampir setahun, berjumlah RM1,300
Yang ni memang tiada sasaran jumlah sebab simpan untuk vacation.

Jadi,  masa ke Terengganu akhir tahun lepas, ibu bawa wang tersebut untuk shopping.. habis juga dalam RM650.

Untuk perjalanan kumpul duit lain pula😭😭😭

Begitu lah kalau kita nak menyimpan... kena ada target disebabkan keperluan melainkan duit dah berlebih2 tak tau nak buat apa hahaha.

Ok.. nanti kita share cara menyimpan yang lain.


No comments:

Post a Comment