Selepas geng-geng lelaki solat jumaat, Pak Muklis bawa kami ke Pantai Iboih.
Di sana kami dibawa bertemu dengan Hendra, instructor yang akan membawa kami untuk aktiviti snorkeling.
Tukar pakaian, test fin (kaki itik) dan mengambil goggle.
Owh ya.. jika kita rabun, ada disediakan goggle yang ada power.
Yang ini kena tambah Rp40,000
Rugilah kalau tak snorkeling disebabkan penglihatan yang kabur hahahha..
Boleh google berapa mereka caj untuk aktiviti ini. Ibu tak tanya sebab dah masuk dalam pakej.
Biasalah... nak mudah. Malas nak bawa duit merata2.
Jadi kena naik boat.
Kami sampai dalam jam 2 pm
Kasut ni sangat selesa untuk berjalan di pantai.
Beli di Shoppee je. Harga less than RM30.
Ini di jeti Teupi Layeu.
Nampak tak air yang jernih kat tepi2 tu.
Dah rasa geram je tengok ikan berenang2.
Tak sabar.
Di tengah2 menuju ke Pulau Rubiah, pemandu boat akan turunkan peti kaca. Jadi boleh lah lihat terumbu karang kat situ.
Terumbu karang batik sebab karang tu berbatik2.
Subhanallah.. cantik sangat.
Air really jernih kebiru-biruan.
Ada ikan nemo bersaiz kecil disitu.
Rasa nak turun jalan2 dalam tu.
Ada juga batu karang yang mati.. mungkin disebabkan dilanggar boat.
Ini dah sampai jeti Pulau Rubiah.
Hendra cakap orang Aceh sebut babi laut huhuhu..
Diam-diam je Cik Fatin buka cafe kat Pulau Rubiah hahahha..
Hendra minta kami tinggalkan beg dan barang yang dibawa di cafe ini.
Mungkin ada related la hahahha..
Adik yang jaga cafe tu cakap.. simpan sini.. AMANNNN
Baiklah.. masukkan dalam almari yang ditutup kat dapur mereka.
Bagus juga.. tak payah lah kami memikirkan barangan berharga ketika bersnorkeling.
Inilah boat yang bawa kami ke Pulau Rubiah.
Yang bestnya.. Hendra ni sangat sabar dengan kami. 2 kali ibu surrender sebab rasa susah sangat nak berenang dengan fin... tambahan asyik nak tergolek je.
Hendra pujuk2.. katanya mula2 memang susah. Buat slow2.. nanti ok.
Malu pula bila dia datang lagi.
Baiklah.. ibu berenang ke tengah sikit.
Mula2 Hendra bawa CikHannis.
Ibu minta Cik Fatin pegang tangan ibu.. takut terbalik hahhaha..
Ibu juga kena tengok Wafi.. dia ni selamba je berenang.
Ibu pulak yang cuak, takut dia tenggelam... padahal dia ok je.
Lagipun ada life jacket.
Tapi still kena berhati-hati.
Bila bagi ikan makanan.. semua kerumun.. ngeri pun ada takut kena gigit hahahha...
Yang ini kena turun 7 kaki ke dasar laut.
Life jacket kena buka.
Tahanlah nafas tu sebanyak mana yang boleh.
Alololo Wafi... dok lambai kat abang Hendra ya.
Ini pun Wafi turun ke dasar laut.
Ada lagi spot lain. Motorsikal
Yang ini lagi dalam. Instructor akan tolak bahu kita ke bawah dan kita pegang lah handle motor tu.
Ini giliran Cik Wada.. Cik Hannis pula jaga Ali.
Nampak tak Hendra nak bagi semua orang rasa snorkeling.
Malahan nenek pun dibawa ke tengah untuk tengok ikan.
Nenek memang pandai berenang tapi untuk menggunakan peralatan snorkeling tu agak mencabar sebab gigi nenek kan dah kurang. Jadi nak gigit muncung tu agak sukar.
Hendra sabar bawa nenek berenang ke tengah.
Semua orang dapat merasai pengalaman snorkeling di Pulau Rubiah.
Yayyyyy
Dalam 3 jam jugalah kami di situ.
Naik ke atas, lepak2 di cafe Alfatin sambil makan pisang goreng cheese dan air kelapa.
Aktiviti snorkeling di Pulau Rubiah tamat jam 6 pm. So sapa datang lambat tak bolehlah berlama2 di situ.
Jam 5.30 pm kami naik boat untuk kembali ke Pantai Iboih.
Mandi2 di bilik air yang disediakan dengan bayaran Rp5,000 kalau tak silap.
Sebelum tu bagi HP ibu kat Hendra sebab beliau nak transfer gambar2 dari gopro.
Owh ya... gopro pun dah termasuk dalam pakej. Instructor yang akan ambil gambar.
Seterusnya kami akan ke Kilometer Nol.
numpang promote ya min ^^
ReplyDeleteBosan tidak tahu mau mengerjakan apa pada saat santai, ayo segera uji keberuntungan kalian
hanya di D*E*W*A*P*K
dengan hanya minimal deposit 10.000 kalian bisa memenangkan uang jutaan rupiah
dapatkan juga bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% :)