Ibu memang tak survey apa2 tentang souvenir yang akan di beli di Aceh.
Sebab dalam fikiran adalah key chain dan fridge magnet atau t-shirt.
Itu je yang mudah.
Makanan pula memang tak tau apa yang negeri ni keluarkan. Kita terjah je lah.
Yang tengah kerepek pisang abu beli di Sabang. Mula2 beli satu bungkus makan di hotel. Sebab sedap, tambah lagi 4 bungkus tapi lupa plak bawak atas flight, letak kat luggage.. ada hancur sket.
Yang kanan tu pisang sale (salai) goreng dan digoreng dengan tepung sket.. texture rangup. Sedap tapi cuma beli 3.
Inilah rupa pisang sale goreng.
Kopi 3 in 1 keluaran Aceh. Banyak jenis tapi dan tak tau nak beli yang mana. Bukan penggemar kopi hahaha.. asal beli je lah untuk ayah. Dah rasa, sedap rasa kopi hehehhe..
Yang dalam kotak tu kuih kacang, keluaran Sabang. Gambar seperti di bawah. Packaging cantik, sesuai sebagai buah tangan. Ada perisa biasa, pandan dan coklat.
Yang depan tu Lontong Paris Noera keluaran Aceh. Ala2 gepang tapi yang ni disalut kacang badam dan texture tidak sekeras gepang kacang tanah.
Beli ole2 di mana ia dikeluarkan. Kalau beli kuih kacang baik beli di Sabang sebab harga memang berbeza.
Makanan-makanan di atas boleh di dapati di Pasar Aceh.
Ini lah rupa kuih kacang. Boleh tahan 2-3 minggu selepas dikeluarkan.
Baju batik Aceh yang ada lambang Pintoe Aceh.
Ini salah satu kedai souvenir di depan Hotel Medan.
Baju2 batik atau t-shirt boleh di dapati dengan banyak di kedai2 souvenir.
Harga macam kat Malaysia juga.. yang ni Rp100,000 dapat 3 helai.
Ada key chain, fridge magnet, dompet dan t-shirt.
Dompet, beg sandang, sling, handbag, kasut, pencil box dll ada banyak corak warna-warni.
Dompet camni boleh dapat dalam Rp10,000.
Mungkin boleh dapat lagi kurang.
Tapi yang ni kami beli di Pasar Aceh depan Masjid Raya Baiturrahman.
Kain batik lepas yang tengah tu penjual cakap, belilah untuk pengakhiran abadi.
Maksudnya untuk tutup jenazah, jadi beli lah kain yang bagus walau harga mahal.
Boleh dibezakan dengan kain2 yang di sebelah kiri.
Tudung, baju2 juga banyak dijual di Pasar Aceh.
Tapi tak beli lah sebab fesyen di sana tak sama dengan di Malaysia.
Yang ini kalau nak buat souvenir bagi kat sedara mara pun boleh sebab tak jumpa kat Malaysia lagi hahaha.. ini perisa seaweed.
Ke ada tapi tak pernah jumpa.
Kat Malaysia pun ibu tak pernah beli jenama Lays ni sebab mahal.
Rupanya sedap huhuhu..
Hanya Rp10,000
Mana nak dapat kalau convert guna 0.0003 pun baru RM3 je
Mula2 beli kat pekan Sabang 2 peket buat kudap-kudapan.. ehhh.. serius sedap.
Keesokkannya masa beli makanan lain buat buah tangan beli lagi beberapa bungkus.
Kat airport beli lagi sebab duit rupiah banyak lagi🤣🤣🤣.. tapi mahal lah sket dlm RM12,500 kalau tak silap. Tapi still murah lah.
Lays kat sini peket paling kecik pun RM4.90ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
numpang promote ya min ^^
ReplyDeleteBosan tidak tahu mau mengerjakan apa pada saat santai, ayo segera uji keberuntungan kalian
hanya di D*E*W*A*P*K
dengan hanya minimal deposit 10.000 kalian bisa memenangkan uang jutaan rupiah
dapatkan juga bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% :)