Pages

Sunday, November 17, 2019

Ayam penyet

Hidangan tengahari ni... tetiba teringat makan nasi ayam penyet di Aceh. Maka kita masaklah di rumah ya. Ibu guna resepi yang mudah-mudah je.. ala2 masak je apa yang ada.


Ayam Penyet

Bahan-bahan
1 ekor ayam (potong 8 atau ikut suka)
Guna tepung serbaguna dan perap ikut sukatan yang disediakan.
Goreng dan ketepikan.

Sambal ayam penyet
1. 5 biji cili merah
2. 20 biji cili api
3. 1 biji bawang besar
4. 5 biji ulas bawang putih
5. 2 biji tomato
6. 1 biji besar limau nipis
7. 3 sudu bilis

Cara-cara
1. Gorengkan bahan di atas satu persatu kecuali limau nipis. Cili merah dan padi campurkan. Bawang merah dan putih pun goreng sekali.
2. Sejukkan sket
3. Masukkan dalam blender dan bubuh minyak sket bagi blender tu gerak. Blend agak2 je lah tak perlu halus sangat. Lagi bagus kalau dapat dipenyet2 kan sambal tu guna lesung beli di Indonesia😁😁😁
4. Masukkan semula dalam kuali yang guna untuk goreng bahan- bahan tadi.
5. Perahkan limau nipis.
6. Gorengkan dengan api yang sederhana.
7. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
8. Angkat dan boleh hidangkan. Kuantiti biasanya banyak jadi boleh masuk dalam bekas yang bertutup dan simpan dalam peti ais. Kot nak buat nasi goreng pun boleh.

Ada juga resepi yang bubuh belacan.. ikutlah citarasa.

Keriuk-keriuk ayam penyet

Bahan-bahan
1. 5 sudu tepung beras
2. 1 biji telur (ambil putih sahaja)
3. 1 cawan kuah sup

Cara-cara
1. Campurkan bahan di atas dan kacau rata guna whisk
2. Bila minyak dah panas, renjiskan bahan tadi. Buat ni kenalah bersabar ya
3. Bila dah garing angkat dan pecah-pecahkan.
4. Proses harus diulang berulangkali sehingga habis semua adunan.

Yang ni ibu tak buat sebab ayam digoreng dengan rempah tepung serbaguna.

Sup ayam.. yang ni takyah lah resepi hehhe.. malas pulak nak menaip🤣🤣

No comments:

Post a Comment