Pages

Saturday, November 2, 2019

4D3N - Aceh & Pulau Sabang - Day 3 : Sekitar Banda Ached

Tiba di Pelabuhan Ulee Lheue agak awal. Supir Ibnu datang ambil kami. Rupanya feri bertolak 30 minit awal atau on time biasanya lewat 30 minit.
Sampai2 kita minta Ibnu bawak untuk bersarapan.

Bila dah kenyang teruskan perjalanan.

Oh ya... Banda Aceh adalah ibu negeri Aceh.

1st stop : Muzium Tsunami Aceh


Depan pintu masuk.

Berhadapan helikopter polis yang musnah disebabkan tsunami.

Di atas tu bendera Negara-Negara yang memberikan bantuan kepada Aceh untuk dibangunkan semula.

Ruang bertafakur... serius masuk sini sangat sebak.
Tertulis sebahagian nama2 yang menjadi mangsa.

Sambil2 melihat pameran yang disediakan di ruang pejalan kaki.

Muzium ini terbina dengan bantuan dari negara asing bagi memperingati tragedi tsunami 26 Disember 2004 yang mengorbankan hampir 260,000 orang.

Masuk sini free.


2nd stop : Kapal PLTD Apung

Kapal yang membawa janakuasa elektrik ni terdampar 5 km dari laut.
Pada masa itu Aceh mengalami masalah gangguan bekalan elektrik. Jadi kapal PLTD bawa janakuasa dan dilabuhkan di laut untuk memberi kuasa elektrik tambahan kepada Aceh.
Bila berlakunya gelombang tsunami pertama ia dibawa ke suatu tempat dan bila gelombang tsunami kedua. ia tertarik dan terdampar di Punge Blang Cut.

Pasca tsunami, PLN berniat untuk mengembalikan kapal ini ke laut sebab kondisi mesin tidak mengalami kerosakan teruk. Tetapi pemeintah mahu menjadikan wisata sejarah. Akhirnya PLN hanya mencabut mesin-mesin sahaja dan kapal dijadikan tempat wisata.

Di atas kapal.

Pemandangan di dek tengah.

Keseluruhan kapal yang beratnya 2,600 ton.

Ruang pameran di dalam kapal sangat teratur dan berinformasi.

Masuk  juga free.
Cuma parkir je berbayar.


3rd stop : Kapal atas rumah

Untuk ke kawasan ini akan melalui muara di mana banyak kapal-kapal nelayan yang berlabuh.

Ada dek yang kita boleh naik untuk melihat keseluruhan kapal tapi kapal ni tak bolehlah naik.

Diceritakan, kapal nelayan ini dibawa tsunami dan terdampar di atas rumah batu orang kaya.
Maka terdapat bebapa orang yang naik atas kapal itu dan terselamat. Mereka duduk di situ sambil memerhatikan suasana dikeliling yang sangat dahsyat.

Mereka hanya turun apabila petang di mana air mulai surut.

Wajah keseluruhan kapal.
Tapi nape mode muka kami di belakang sedikit blurr...
Kamu sabotaj kami ke Ibnu hahhahhahahh...

Keseluruhan view di sini.

Selepas itu kami check in di Hotel Medan sebentar.

4th stop : Masjid Raya Baiturrahman

Kami sampai sini dalam jam 1 pm waktu tempatan.
Mereka sudah habis solat Jemaah zohor.
Maka kami buatlah jamak.

Cantik sangat view kat sini. Cuaca panas jadi dapatlah shoot gambar2 yang cantik.
Walau panas tapi batu marmar yang dipijak tak terasa panas ye..

Payung2 boleh dibuka dan dikatup seperti di Majid Nabawi Madinah.

Oh ya... jika dating tapi berseluar jeans atau seluar agak ketat maka pihak masjid akan memberikan kain untuk dipakai.
Hehehe... nasiblah kalau nak ber OOTD di sini bersama kain telekung.

View belakang sangat cantik tapi muka ai teruk menahan panas... herot2 muka.. menyampah.
Tapi ni pun senget sket sebab tak sanggup nak queue dengan beberapa grup yang sedang berswafoto.

Dari masjid kami lunch pula di Wong Solo.

Selepas itu shopping. Supir bagi 1 jam tapi macam tak cukup pula.. dia bagi option, kalau dah habis shopping baru call hahhaha... curlass lah supir camni. Dia ikut kita walau kita dah tau akan ada tempat wisata yang tak dapat pergi.

2.30 ke 4.30 kami shopping. Lebih kepada souvenir untuk di bawa balik. Cik Wada plak nak cari lesung untuk sambal penyet. Dah kena cari di pasar. Masa ni hujan lebat pula. Nak tengok lah juga macamana pasar di Aceh.

 Jumpa di kedai barangan dapur. Ada-ada je Sikfatin ni.

5th stop : Pantai Ulee Lheue

Masa ni sebetulnya nak duduk di tepi pantai sambil makan jagung bakar dan tunggu sunset. Jangankan sunset... matahari pun tak nampak. Hujan renyai2 dan kadangkala lebat.

Shoot pun cepat2.
Kalau tak mesti relax2 je.

6th stop : Masjid Baiturrahim

Sebentar sahaja di sini.. ingat nak dengar cerita oleh seorang ustaz tapi sebab masa kami sampai sedang dijalankan taklimat maka kami pun keluar.. hanya mengambil gambar di kawasan sekitar.

Wafi di hadapan pintu masjid.
Masjid ini pun mengalami kerosakan pada kejadian tsunami dan telah dibaik pulih.




Di hadapan masjid.. walau pun masjid ini tidak sebesar Masjid Raya Baiturrahman tapi ia ada tarikan tersendiri.

Setelah itu, kami meminta Ibnu menghantar kami.ke hotel sebab nak bersihkan diri dan relax2 sebelum dinner. Beliau boleh bawa kami untuk makan mi Razali atau Bardi tapi rasa macam belum lapar sangat itu yang kami nak balik hotel saje.

Banyak tempat makan di hadapan hotel within walking distance.

Nanti kita review makan2 di Banda Aceh dan Sabang.

Tak boleh move on lagi.... cantik sangat!



2 comments:

  1. numpang promote ya min ^^
    Bosan tidak tahu mau mengerjakan apa pada saat santai, ayo segera uji keberuntungan kalian
    hanya di D*E*W*A*P*K
    dengan hanya minimal deposit 10.000 kalian bisa memenangkan uang jutaan rupiah
    dapatkan juga bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% :)

    ReplyDelete
  2. Untuk mempermudah kamu bermain guys ajoqq menghadirkan 7 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di ajoqq,,, WA : +855969190856
    website : AJOPK.ORG

    ReplyDelete