Pages

Saturday, November 2, 2019

4D3N Aceh & Pulau Sabang - Day 2 : Kilometer Nol

Kilometer Nol ni bermaksud kawasan paling hujung di Indonesia.
Permulaan bagi Indonesia bermula di Pulau Sabang.
Kalau tengok peta, Pulau Sabang ni hampir sebaris dengan Langkawi.
Macam di Malaysia, bermula di Johor. Perlis tu dah KM ke beberapa ratus lah gitu.

Sampai sini pun dah agak gelap.
Sepatutnya ada scenery sunset tapi bukan rezeki kami sebab matahari di sebalik awan tebal.

Dah tak larat nak panjat monumen atas tu.. kita ambil gambar sahaja.

Masa ni kami berlima je turun termasuk Pak Muklis.
Cik Wada dan Cik Hannis stay dalam kereta sebab Ali tidur.

Mereka bertiga... macam biasa ibu tiada dalam gambar.

Monumen ni berdepan dengan laut.
Sunset macam tu je lah.. sipi-sipi je.
Masa ni pun pengunjung hampir tiada.
Penjual2 hampir menutup gerai2 mereka.

Ehhh... ada lah pic ibu... selebet je sebab lepas mandi sebaik snorkeling sarung tudung ni je.

Masuk kereta semua tidur.
Penat.
Jalan pun memang gelap. Hampir seluruh perjalanan tiada lampu jalan melainkan di pekan Sabang.

Berhenti di pekan sebab nak beli ole-ole dari Sabang.
Kalau sesiapa nak beli ole2 Sabang baik beli di sini sahaja sebab lebih murah jika dibandingkan dengan Banda Aceh.
Nanti ibu share pic kuih kacang keluaran Sabang.
Di situ boleh dapat Rp13,000 sahaja.

No comments:

Post a Comment