Alhamdulillah, tahun ini Wafi perform lagi di sekolah tapi kali ini berdasarkan penilaian dalam kelas. Aktiviti, ujian, sahsiah diambil kira. Tahun ni enjoy je sebab takde periksa kan... jadi ibu pun relax je lah.. tahun depan dah tak boleh main-main lagi.
Dania, Nayli dan Wafi.
Masa ni beratur untuk naik ke pentas.
Ibu ambik pic dari tempat duduk je🤗🤗
Tahniah Wafi... ni haa.. ibu belikan bouquet.. bukan main mahal lagi RM25 (dasar ibu calculative), beli kat luar.. tahun ni ustazah tak buat pula. Kalau tak kan.. boleh masuk tabung sekolah.
Dania di tempat pertama, Wafi ketiga dan Nayli di tempat kedua.
Rasanya dah 3 tahun berturut2 kedudukan yang sama.
Selain hadiah kedudukan dalam kelas, mereka juga dapat hadiah Mumtaz. Tahun ini hanya seramai 6 orang pelajar tahun 3 yang dapat mumtaz.
Dahlah ada sekeping je gambar berdua... dia boleh pulak pejam mata... wafi.. wafi...
Semoga Wafi terus cemerlang dunia dan akhirat.
Aamiin...
No comments:
Post a Comment