Pages

Saturday, November 19, 2022

PRU 15


Simpan sini kenangan 5 tahun sekali. Kali ni share semua gambar family yang masing-masing share. SenangπŸ˜…
Tahun ni beberapa orang bertugas dalam PRU selain Cik Zie yang saban kali PRU bertugas sebagai Pegawai Penguatkuasa bahagian Parlimen Kapar.
Bagi yang bertugas, mereka telah membuat undi pos.
 
Cik Man bertugas sebagai salah seorang Ketua Tempat Mengundi (KTM) di SRABKB. Orang lain belum bangun, beliau seawal jam 5 pagi sudah keluar rumah untuk mengambil peti undi. Apatah lagi pagi ni jam 5 tu lah hujan turun dengan lebat. 
Ibu tarik selimutlah 😁

Edited : atas permintaan hahhahaha... ibu sambunglah cerita pasal Cik Man ni.
Ini kali pertama Cik Man jadi KTM dan dapat Saluran 3. Tugas KTM ni kena monitor perjalanan undi di saluran masing-masing.  Tugas Cik Man ni tak berhenti di situ. Bila dah siap kira, kenalah bawak peti undi tu ke tempat pengumpulan.

Cekal sungguh lah mereka yang bekerja untuk SPR ni. Dah pagi pun masih ada di tempat sana. Dengarnya Cik Man sampai rumah jam 2 am. Cik Man kata seronok walau penat. New experience and new friends. 

Jam 7.30 am ibu dah siap ya.. itu pun jenuh lah memilih pakaian yang sesuai. Elak dari pakaian yang mewakili warna parti hahahah... poyo.. saje je lah. Pakai pink katanya puteri Umno.. adoiii.. puteri pun dah tak terima dengan umur yang almost separuh abad ni.

End up tak dapat pergi awal sebab dah janji dengan Cik Elis untuk pergi bersama. Cik Elis tetiba pulak pagi ni kena vertigo. Bagi bertenang dulu sebab bila keluar selepas 8 am pun akan queue panjang. Jadi relax-relax, masak-masak dulu dan makan-makan.

Geram juga bila yang lain masaing-masing dah tunjuk jari tanda selesai mengundi padahal diorang siap lagi lewatπŸ˜‚

Anak-anak buah Imran dan Izzat pun pertama kali bertugas sebagai Pemandu Arah di SRA Meru, begitu juga Cik Baya.
Balik betul-betul pengsan. Penat sangat!
Syabas baby fruits πŸ‘

Comel je Cik Baya bersama body guard anak-anak buah.

Cik Awie juga sebagai Pemandu Arah Pusat Mengundi di SKBK.

Cik Biela juga Pemandu Arah untuk pengundi Covid sebab tu pairing dengan petugas KKM.

Cik Ujang akhirnya... buat pertama kali mengundi. Semangat jam 7.30 am sudah beratur. Dengarnya sokong parti atuk 😎😎😎. 
Kena keluar awal sebab kena balik Tangkak pulak bawa Cik Ana mengundi di sana.

Cik Nora kalau tak pakai lawa-lawa mekap cantik-cantik, pipi merah bak pauh dilayang.. memang bukan dia lah 😁. Boleh pulak Cik Wada tanya pakai seluar ke sebab nak rempit naik motor since Cik Wada nak pickup pergi sama-sama. Silap besar lah Cik Wada ni πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚, Cik Nora siap pakai kain kembang peplum!

Cik Piqa boleh pulak minta Dr Daroyah beratur di SRABKB tadi.. lahaiiii.. tu lah.. tak kenal calon yang bertanding 😎

Iklan gigi!

Boleh pulak Cik Nora singgah kedai.. aduhhhh... pergilah undi dulu.. balik nanti lah shopping!

Yeayyyy...
Cik Ana selesai undi di Tangkak kat Saluran 1.. tua dah kalau kat sana hahah... Kat pusat mengundi tu ada 2 saluran je.

Pairing settled.
Ibu yang kat sini pun masih belum keluar rumah 😁

Akhirnya Cik Cha telah menerima hidayah untuk mengundi😎.. amboiiii... calon best kat Parlimen Kuala Selangor, Tengku Zafrul. Cik Cha sangat lah kasihan sebab sorang-sorang tercampak mengundi di Jeram. Pelik lah betul sebab guna alamat rumah nenek macam kami yang lain, tapi tempat mengundi jauh lah sampai sana.

Pairing settled!

Selesai lah mereka mengundi di SKBK.

Cik Fatin bertugas sebagai Pemandu Arah Tempat Mengundi di SRABKB. Tak dapat pun jumpa tadi sebab busy lah Ciktin bertugas.. lagi pun lane Cik Fatin tu tengah ramai anak-anak muda yang sedang beratur. Mesti hari ni berkilo-kilo berat Cik Fatin turun sebab turun naik tangga.

Calon BN, Muhammad Bin Noor Azman. Muda dan good looking 😎. Tapi camne Cik Wada tak cam ehhh 😜😜

Ummi dan Cik Anuar.. update bukan main lewat.. tapi orang nombor 1 dan 2 mengundi di saluran mereka. Undi di SK1 Tapah. Katanya tak bawa handphone, caj di rumah. Sempat shopping2 balik rumah handphone pun tak habis caj.. boleh tukar HP tu ummi 😁😁

Ya Allah... ampuni lah Nabila Ya Allah.. laparnya πŸ˜„
Ummi risau anak-anaknya tak cukup makan.. sian... kurus nanti!

Cik Amir dah selesai mengundi di Kajang, barulah hantar Cik Ami mengundi di Klang.

Akhirnya.. sampai lah juga gambar jari ibu dan Cik Elis tanda selesai mengundi 😁😁
Kami keluar lepas solat Zohor. Ibu risau kat Cik Elis dalam pening-pening ni nak mengundi juga. Cik Elis kata rugi tak pergi. Ibu cakap kalau pitam nanti ibu kena papah lah. Sampai SRABKB ada wheel chair. Cik Elis cakap takkan sampai nak duduk wheel chair!

Sebab blog ibu, lebih lah gambar ibu kan hahaha.. ini Cik Elis lah ambil. Tq Cik Elis tapi ibu tak boleh lah pulak ambil gambar sebab ibu di depan Cik Elis. Sebelah tu abam-abam polis.

Masa sampai di Saluran 4, hanya ada seorang je di hadapan.
Kali ni ada 12 saluran di SRABKB berbanding 8 saluran pada tahun 2018.

Sampai sini je ambil gambar.. dalam tak boleh ya.. jangan lebih-lebih karang kena tahan dengan polis kat sebelah ni.

Dalam 2-3 minit je rasanya selesai.
Alhamdulillah.

Jalan ke parking lagi ambil masa.

Kalau datang mengundi samada datang sebelum 8 am atau kalau dah lewat datang je lah petang pasti tak ramai sangat.

Tapi kan.. saluran 8 - 12 masih ramai lagi. Anak-anak muda disarankan mengundi petang. Ada screenshot mentioned kalau nak cari jodoh, datanglah petang sebab pagi untuk warga emas atau yang sudah berumur 😁

Sampai-sampai Cik Amie dari Kajang, pick-up nenek dan Kakak Widad. Diorang dah standby siap-siap. 1st time rasanya nenek undi sebelah petang. Dulu-dulu nenek rajin meraih/pancing undi dengan ikut kereta bawa pengundi ke tempat undi. Tahun ni nenek kata ada 2 kereta je itu pun tak tahu siapa. 

Pertama kali Kakak Widad mengundi.
Sekarang umur 18 tahun sudah boleh mengundi dan didaftarkan secara automatik tak seperti dulu, kena daftar dulu dengan SPR. Teringat ibu dulu daftar masa SPR buka booth di Plaza MPK, Klang.

Back to school.
Kalau ikut, Cik Amie, Cik Baya, Cik Biela dan Cik Fatin mengundi di sini.

Dah tak ramai pun masa mereka sampai. 

Cuaca pun baik walau ada kala macam nak hujan. 

Jam 6 lebih baru hujan turun.

Abang Imi pun selesai undi di SRABKT pertama kali.
Sejam beratur sebab geng-geng muda mudi kan ramai.

Oh ya.. ayah tak dapat mengundi kerana calonnya meninggal dunia. Jadi kena tangguh sampai 7/12/22. Ayah balik juga since tiket ETS pergi balik sudah dibeli. Dapatlah bawa atukwan buat routine check up.

Petugas yang keletihan tapi demi mu Negara ku... kami tetap bersemangat... haaa.. gitu lah kekdahnya. Syabas Misi Cik Baya!

Anak fruits teabreak dulu.

Kot ada lah pengundi yang layak tapi tak datang mengundi atas alasan masing-masing.. mari tengok kat bawah.

Pak Tam dok fikir dia kena masuk saluran mana ni. Nak check tak de lah pulak kaunter untuk makhluk seumpamanya.


Oyen ni penat jaga saluran.

Pemandu arah ni asyik naik turun tangga pandu para pengundi.. penat ooo
Esok Ahad pasti tidur seharian.
Jangan kacau!

Untuk rekod, calon-calon yang bertanding PRU 15 di P109, Parlimen Kapar.

Masa ibu update blog ni, masih belum ada keputusan rasmi lagi.
Tunggu je lah.

Semoga calon yang menang dan diberi mandat sebagai ahli Parlimen dapat bekerja demi rakyat dan negara dengan baik, ikhlas, bersih dan istiqomah. 

4 comments:

  1. seronoknya..meriah betul..kakak dania dah 18tahun tapi sebab dia lahir bulan 9 dan yang boleh mengundi sampai kelahiran bulan 8 je...lagi 5 tahun la nampaknya baru dai boleh mengundi

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh... missed 1 bulan je.. takpe lah Kakak Dania.. 5 tahun je lagi 😊

      Delete