Pages

Wednesday, November 23, 2022

Tongmo dan Kepak Madu

Ni minggu lepas hari Jumaat jalan-jalan cari makan petang.
Wafi dah aim nak cari dessert, koktel dan popiah banana coklat.
Tapi banyak gerai tak beroperasi mungkin masing-masing sudah balik kampung. Jadi kita beli je lah yang ada.

Beli kepak madu. Katanya resepi perapan dari Sabah. Di Sabah mereka panggil kepak ni sayap. Harga tertulis RM1.80/pc. Beli 5 pcs beri RM10 sambil tunggu duit baki. Penjual tu kata cukup.. 

ehh... bukan RM1.80 ke.. 

tak.. RM2/pc.

Awak patut tukar harga tu. Kenapa masih guna harga lama.

Sambil berlalu pergi.

Nak rasa tongmo bakar pulak.

Wafi kata teringat Tangmo, nama pelakon Siam tu.

Sementara sedang dibakar.

Jalan-jalan cari apa yang berkenan di hati.

Kopi ais mamu.

Kakak nak plastik ikat tepi ke cup?

Cup lah... baru ada kelas sket 😅😅

Sebenarnya senang nak letak di cup holder dalam kereta.

Inilah set tongmo bakar tadi.
Ada sekali jeruk betik.
Wafi dan kakak dah tersuka pula.

Set ni RM15/3 pcs.
 

2 comments:

  1. Eeehhh...boringlah macam ni, harga yang dipaparkan tak sama dengan harga sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. kita takde lah nak berkira, kalau tulis RM2 pun akan beli sebab teringin. Ini harga bayar lain dari harga tertera, rasa tertipu pulak.

      Delete